Oleh: SHAIMON S JUMADI
PEMBOHONGAN besar para
pemimpin pembangkang, khususnya Parti KeADILan Rakyat (PKR) semakin
menjadi-jadi sehingga membosankan rakyat pelbagai jenis fitnah dilemparkan
kepada pucuk pimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional; namun sedikitpun tidak
memesongkan buah fikiran ahli-ahli UMNO mahupun penyokong tegar komponen
Barisan Nasional (BN).
Mereka sudah jelak dan bosan
kerana ada sahaja yang tidak kena dengan para pemimpin PKR walaupun kerajaan
buat yang terbaik untuk rakyat jelata tanpa mengira siapa mereka turut mendapat
pelbagai kemudahan dan tidak terpinggir dalam menerima bantuan kerajaan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Libaran, Suhaimi Hj Nasir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
kenyataan Ketua Cabang PKR Libaran, Isnain Amat dalam satu sesi ceramahnya 'Jelajah
Seri Kandi PKR Sabah' yang diadakan di Kampung Kagayan, Batu Putih, Jalan
Airport Batu 7 Sandakan baru-baru ini.
Kata Suhaimi, PKR memang
sudah tiada modal untuk menyebarkan pelbagai propaganda kepada rakyat terpaksa
menggunakan teknik maki hamun, mencerca, memfitnah bagi menidakkan apa saja usaha
yang dilakukan kerajaan BN.
"Di Libaran ini, siapa
yang tidak kenal Isnain Amat? Beliau dahulunya adalah penyokong setia UMNO
Libaran tetapi apabila permintaannya yang bukan-bukan di luar kemampuan Ketua
Bahagian UMNO, beliau merajuk, lantas meninggalkan UMNO dengan alasan kerajaan BN-UMNO
tidak membantu rakyat,” ujar Suhaimi.
Tambah Suhaimi, semasa
Isnain berada dalam UMNO-BN, dialah orang yang pertama memaki hamun kepada para
pemimpn PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apabila dia menyertai PKR,
dia hentam pula UMNO-BN sambil mendakwa pemimpin UMNO tamak haloba.
"Dia apa kurangnya? Dulu
dia kaya datangnya dari mana, kalau bukan dari UMNO-BN?," kata Suhaimi
yang jengkel dengan tindakan Isnain.
Bagi Suhaimi, nama Isnain
Amat di persada politik Libaran sudah basi. Siapa yang tidak kenal dengan sikap
kacang lupakan kulit Isnain?
"Nanti dalam PKR pula, bila
niatnya mahu jadi calon pada PRU 13 tidak tertunai oleh pucuk pimpinan PKR Pusat,
maka dia keluar dan pusing balik hentam PKR dan Anwar Ibrahim. Orang macam ini
langsung tidak boleh pakai, baik dalam BN-UMNO mahupun dalam PKR sendiri,” tegas
Suhaimi lagi.
Apapun jelas Suhaimi, masyarakat
di Sungai Sibuga dan Libaran sudah lali dengan fitnah dan maki hamun Isnain dan
tiada orang yang mahu percaya, apa lagi mendengar hujah-hujahnya yang tiada
hujung pangkalnya.
Untuk makluman tambahan,
kata Suhaimi, kebanyakan para pemimpin PKR di kawasan Libaran ini 50 peratus
adalah mantan ahli-ahli UMNO Libaran yang kecewa kerana semasa keberadaan
mereka di UMNO banyak permintaan peribadi mereka tidak dilayan oleh pucuk
pimpinan parti.
Untuk rekod, Isnain Amat pernah
menentang Musa Aman dalam pilihanraya umum 1999 tetapi hanya memperoleh 282 undi
ketika mewakili Parti Setia, berbanding Musa Aman yang mendapat 7,927 undi.
isnain memang bukan lawan musa aman...
ReplyDeleteMusa masih kuat di Sabah. Lihat projek perkembangan, terbukti Musa sorang pemimpin yang baik.
Deletenasib baik isnain sudah keluar...kalau tidak dia akan menjadi duri dalam daging..
ReplyDeletedia ni tiada pendirian.. orng mcm ni tak perlu kita sokong.
DeleteDUri dalam daging memang membawa masalah kepada parti
Deletebiarlah rakyat yang membuat keputusan nanti siapa yang layak memimpin Sabah
ReplyDeleteRakyat saja yang tahu siapakah yang mereka perlukan untuk terus memimpin.
Deleteparti yang ikhlas tentunya akan dipilih oleh rakyat bila musim PRU13 nanti
ReplyDeletedan kerajaan harus teruskan usaha yang terbaik untuk rakyat jelata tanpa mengira kaum/bangsa
ReplyDeleteSemua bangsa harus diberi keutamaan juga.
Deletedisamping itu, pastikan rakyat turut mendapat pelbagai kemudahan dan tidak terpinggir dalam menerima bantuan kerajaan.
ReplyDeleterakyat perlu bijak memilih parti yang terbaik untuk memimpin Sabah...
ReplyDeleteMusa tetap akan menjadi pilihan utama orang Sabahan.
ReplyDeleteOne word..OPPORTUNIST.
ReplyDeleteBeginilah bila orang tidak ada pendirian sendiri sanggup melakukan perkara yang salah.
ReplyDeletedan sanggup jilat ludah sendiri.. pemimpin2 seperti ini baik berhenti saja dari berpolitik..
DeletePKR tinggal tunggu gulung tikar saja
ReplyDeletePKR = Parti Kian Rapuh atau Parti Kelentong Rakyat..
Deletebaik PKR fokus saja kerusi2 di semenanjung..
kesimpulannya, Isnain Amat ni telah meludah kemuka dia sendiri.. dulu parti itu di kutuk, sekarang parti itu juga yang jadi platform dia untuk kekal berpolitik..
ReplyDelete