PELAN......Zulkarnain
menunjukkan pelan kedudukan tanah yang diperuntukkan untuk Rancangan Penempatan
Murut Kalabakan.
Oleh : ABD.NADDIN
HJ.SHAIDDIN
KOTA KINABALU: Penduduk
Murut Kalabakan terkilan kerana hak mereka untuk menjadi peneroka diketepikan
padahal tanah seluas 8,680 ekar yang diperuntukkan kepada Felda adalah
dibangunkan untuk kaum Murut.
Wakil penduduk, Peter Koh @
Zulkarnain berkata penduduk meminta penjelasan daripada pihak terbabit kerana
hak mereka terhadap tanah itu tidak dipedulikan, malah tidak ada seorangpun
penduduk Murut Kalabakan diambil sebagai peneroka dan tidak ada sebuah rumahpun
dibangunkan untuk mereka.
Beliau mendakwa Felda tidak
menepati janji kepada penduduk Murut Kalabakan yang pada awalnya berjanji untuk
mengambil penduduk sebagai peneroka tetapi tidak ditunaikan.
Menceritakan kronologi
peristiwa itu dalam pertemuan dengan Utusan Borneo di sini, Zulkarnian
memberitahu pada tahun 1977, kerajaan negeri Sabah telah memberikan tanah
seluas 10,000 ekar kepada 104 keluarga di Kampung Murut Kalabakan untuk tujuan
membalak, seterusnya membangunkan kawasan itu dengan penanaman kelapa sawit dan
lain-lain tanaman.
Beberapa tahun kemudian,
beberapa syarikat datang silih berganti untuk menawarkan usaha sama
membangunkan kawasan itu, tetapi ditolak penduduk kampung selepas mendapat
nasihat bekas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Suffian Koroh atas alasan tidak
sesuai.
Adalah jelas bahawa tanah
itu hendaklah dibangunkan untuk kaum Murut untuk Rancangan Penempatan Murut
Kalabakan.
Bagaimanapun, pada tahun
1982, pihak Felda yang sedang membangunkan Kawasan Umas-Umas telah menyampaikan
hasrat untuk membangunkan tanah berkenaan.
Pengerusi Felda ketika itu,
Tan Sri Raja Muhammad Elias Raja Muhd Ali, telah menjelaskan kepada Ketua
Kampung Murut Kalabakan, KK Baukom serta 104 keluarga atas niat baik Felda
untuk membangunkan tanah berkenaan dan kemudian mengambil penduduk kampung sebagai
Peneroka Felda Kalabakan.
“Saya terlibat secara
langsung dalam perundingan itu kerana saya diamanahkan oleh Tan Sri Suffian
Koroh, yang menjawat Timbalan Ketua Menteri selaku Penasihat Suku Kaum Murut,”
katanya yang merupakan mantan Setiuasaha Sulit Tan Sri Suffian Koroh.
Katanya, penduduk diberitahu
bahawa Felda tidak sama sekali berniat mengambil tanah tanpa membangunkan tanah
dan diberi balik kepada mereka dengan cara menjadikan mereka sebagai peneroka.
Akhirnya, penduduk bersetuju
menyerahkan tanah seluas 8,680 ekar kepada Kerajaan Negeri untuk diserahkan
kepada Felda untuk dibangunkan. Pada tahun 1983, Felda mula membangunkan tanah
seluas 8,680 ekar bersama tanah yang lain atas usaha Tan Sri Suffian dengan
Kerajaan Negeri ketika itu.
Menurutnya, pada tahun 1986,
Felda telah mengadakan temuduga untuk pengambilan peneroka dan satu lagi
temuduga diadakan pada 1992.
Zulkarnain berkata, segala
janji Felda kepada 104 keluarga itu tidak ditunaikan. “Tiada pengambilan
peneroka dibuat dan tiada pula perumahan telah dibina untuk peneroka di kawasan
itu,’ katanya.
Ekoran itu, beberapa
perjumpaan telah dibuat untuk mendapatkan penjelasan tetapi jawapan yang diberi
hanya meminta kaum penduduk Murut Kalabakan bersabar dan keputusan akan dibuat
oleh ibu pejabat Felda Kuala Lumpur.
Zulkarnain memberitahu
beliau sering ditanya penduduk mengenai tanah itu tetapi beliau juga meyakinkan
mereka bahawa Felda sebagai sebuah syarikat besar tidak akan menghampakan
penduduk kaum Murut.
“Dia orang (mereka) selalu
tanya tetapi saya yakinkan mereka, Felda adalah sebuah syarikat besar yang
tidak akan menghampakan penduduk Murut Kalabakan,” katanya.
Bagaimanapun, setelah
didesak oleh penduduk, pada tahun 1996, pihak Felda datang ke Kalabakan dan
meminta penduduk menubuhkan sebuah koperasi dengan alasan mereka tidak
mengambil peneroka yang berusia di atas 40 tahun.
Sehubungan itu, penduduk
menubuhkan Koperasi Pembangunan Murut Kalabakan Berhad yang dianggotai
kira-kira 239 ahli.
Semasa penubuhan koperasi,
Ketua Menteri ketika itu, Datuk Osu Sukam memberi jaminan bahawa penduduk tidak
perlu risau kerana seorang ahli akan menerima bayaran dividen sebanyak RM7,000.
Selepas ditolak RM2,000
bayaran untuk jadi ahli koperasi, bayaran RM5,000 setiap seorang. Tetapi ahli
koperasi hanya layak mendapat RM3,000 dengan alasan kelapa sawit sudah tua dan
perlu ditanam semula.
“Saya mahu tanya, apakah
munasabah pembayaran RM3,000 setiap tahun sedangkan harga sawit cukup tinggi?,”
soalnya sambil menambah, peneroka kelapa sawit boleh mendapat hasil sebanyak
RM4,000 sebulan.
“Apakah bayaran ini berbaloi
dengan hasil tanah yang diperolehi daripada 8,680 ekar yang dibangunkan oleh
mereka,” katanya.
Selain itu, beliau
melahirkan rasa terkilan kerana penduduk Kampung Murut Kalabakan dikatakan
tidak layak menerima bayaran dividen RM15,000 yang dibayar oleh kerajaan
seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Katanya, mereka dikatakan
tidak layak menerimanya kerana mereka bukanlah peneroka, padahal tanah seluas
8,680 ekar berkenaan adalah jelas dibangunkan untuk peneroka Murut Kalabakan.
Zulkarnain berkata, beliau
bersedia berjumpa dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan perkara ini dan
bagaimana Felda tidak menepati janjinya kepada penduduk Kalabakan.
“Saya sedia berjumpa
bila-bila masa untuk mnenyelesaikan perkara ini,” katanya sambil menyatakan
kesediaan untuk menemui Pengerusi Felda untuk memberikan penjelasan mengenai
perkara berkaitan isu tanah Kalabakan itu. (UB)
pihak FELDA harus turun padang dan berjumpa dengan penduduk untuk menyelesaikan isu ini..
ReplyDeletedan diharapkan juga agar PM campur tangan dalam isu ini..
ReplyDeleteIm sure Najib can resolve the issue.
DeleteFelda kena perjelaskan hal ini dan tunaikan janji mereka.
ReplyDeletehak mereka untuk menjadi peneroka diketepikan padahal tanah seluas 8,680 ekar yang diperuntukkan kepada Felda adalah dibangunkan untuk kaum Murut.
ReplyDeleteSemoga pihak Felda turun padang dan membuat penjelasan apa yang berlaku?
janji-janji yang dibuat harus ditunaikan agar tidak mengecewakan rakyat.
ReplyDeleteZulkarnain berkata, beliau bersedia berjumpa dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan perkara ini dan bagaimana Felda tidak menepati janjinya kepada penduduk Kalabakan.
ReplyDeleteSemoga PM memahami keadaan dan campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Isu tanah sering isu yang serius di Sabah. Perampasan tanah.. Hak milik ditukar milik dll.
ReplyDeleteSemoga Felda akan emnunaikan janji yang dibuat untuk penduduk di Murut Kalabakan.
ReplyDeleteFelda harus tampil dan membuat penjelasan.
ReplyDeleteKenapa ada saja masalah Felda ni?
ReplyDeleteApa yang telah Felda janjikan kepada penduduk murut di Kalabakan itu seharusnya ditunaikan sebaiknya. Jangan lupakan janji yang telah diberikan.
ReplyDeleteJanji tetap janji. Seharusnya ditunaikan
DeleteFelda sepatutnya membantu para peneroka
ReplyDeletedan penduduk yang mempunyai tanah juga tidak perlulah menyerahkan tanah mereka kepada syarikat2 besar untuk dibangunkan.. jangan ambil jalan mudah.. usahakan sendiri tanah itu..
Deletekenapa penduduk Murut di kawasan itu tidak membangunkan saja tanah2 mereka? kenapa perlu tunggu syarikat2 besar yang bangunkan?? kemudian bila sudah ada hasil baru pertikaikan itu dan ini.. salah siapa?
ReplyDeletecara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan memanjangkan aduan ini kepada suhakam atau minta bantuan daripada peguam Kong Hong Ming..
ReplyDelete