APA
KHABAR.....Ketua Menteri, Musa Aman (tengah) diringi Dato Sri Nasir (kiri),
Datuk Ahmad Maslan (tiga kiri) dan Datuk Musbah Jamli (dua kiri) bersalaman
dengan sebahagian peserta Seminar Kefahaman Wasatiyyah & 1Malaysia
Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
KOTA KINABALU: Pada umumnya
rakyat Malaysia mendukung dan mengamalkan prinsip 'Wasatiyyah' seperti yang
termaktub pada perlembagaan negara yang secara adil telah menyeimbangkan
kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tanpa mengenepikan peranan
agama-agama lain.
Manakala kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa melupakan peranan bahasa-bahasa lain dan
kedudukan istimewa kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa menafikan
kepentingan kaump-kaum lain.
Menteri Di Jabatan Ketua
Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menjelaskan hakikatnya konsep 1Malaysia
adalah suatu gagasan yang mengembalikan semula rakyat negara ini kepada peri
pentingnya menjaga, menghormati dan menjulang perlembagaan negara yang berlandaskan
sejarah negara.
Katanya, dengan harapan
semua mampu menjalankan peranan masing-masing sebagai rakyat negara tercinta
dan walaupun wujud perbezaan pendapat hendaknya pendapat dan pandangan itu
tidak sampai menggadaikan nilai dan maruah tanahair yang disayangi.
Beliau berkata demikian
sempena perasmian Seminar Kefahaman Wasatiyyah & Gagasan 1Malaysia
Peringkat Negeri Sabah.
Seminar itu dirasmikan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Nasir yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Induk Seminar Wasatiyyah & 1Malaysia Peringkat Negeri
Sabah,mengajak segenap lapisan rakyat bertekad menjadi warganegara yang berjasa
kepada bangsa dan negara.
Ujarnya menambah, kita
berkeyakinan bahawa kehadiran peserta dan para tetamu yang hadir menunjukkan
betapa kita sebagai rakyat negara ini inginkan perpaduan, keamanan serta
menjalani kehidupan yang selamat dan bahagia.
Hadir sama Speaker DUN
Sabah, Seri Panglima Mohd Salleh Tun
Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Seri Sukarti wakiman; Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Dato Sri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Maslan; Menteri-menteri dan Pembantu-Pembantu
Menteri Kabinet Negeri Sabah; Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan;
Pemimpin-Pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional dan kakitangan kerajaan
negeri dan persekutuan.
nilai2 dalam 1malaysia harus dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat demi kesejahteraan bersama..
ReplyDeletesabah adalah contoh kepada perpaduan dalam konsep 1Malaysia..
ReplyDeletePerpaduan antara kaum dan bangsa harus diamal dan dipelihara.
ReplyDeletekerajaan harus sentiasa membuat kempen untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.
ReplyDeleteKempen mengeratkan perhubungan antara satu sama lain memang digalakkan.
DeleteSeminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
ReplyDeleteNasir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar Wasatiyyah & 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah,mengajak segenap lapisan rakyat bertekad menjadi warganegara yang berjasa kepada bangsa dan negara.
Harap-harap mendapat sambutan golongan awam.
Syukur bahawa kerajaan mementingkan perpaduan dan keharmonian negara.
ReplyDeletesemangat 1Malaysia harus kita serapkan dalam diri kita, ia memupuk kepada perpaduan.
ReplyDeletePerpaduan antara bangsa dan kaum harus diutamakan. Cuma unsur ini boleh membawa perkembangan yang berterusan.
ReplyDeleteSemangat ini harus dipupuk sejak kecil lagi.
ReplyDeleteSelain dari Bahasa Melayu, Bahasa English adalah bahasa penting dan harus diutamakan terutama negara kami menuju ke arah antaratbangsa.
ReplyDeleteSemoga kerajaan tidak mengabaikan suku kaum di Sabah.
ReplyDeleteDo what you preach.
ReplyDeleteGagasan 1 Malaysia seharusnya disokong sepenuhnya. Kerana kita perlu tahu apa tujuan sebenar gagasan ini ditubuhkan. Jangan terpedaya dengan permainan politik pembangkang.
ReplyDeleteNegara Malaysia sememangnya satu Negara yang perlu dicontohi. Ini kerana dengan pelbagai agama, kepercayaan, budaya, ajaran, bangsa, kaum dan etc tapi Malaysia masih mampu berdiri dengan keamanan.
ReplyDeletePerpaduan perlu ada di M'sia
DeleteMalaysia sememangnya aman.. dan lagi aman jika tidak ada puak2 terdesak yang sanggup menghancurkan keamanan ini semata2 mahu berkuasa..
DeleteKonsep 1M'sia perlu dipupuk dan disemai
ReplyDeletesukar untuk negara ini menikmati keamanan dan perpaduan jika masih ada pihak yang cuba merosakkan keamanan dan perpaduan ini semata2 untuk kepentingan mereka..
ReplyDelete