KOORDINATOR Gerakan
Selamatkan Felda (GSF), Mazlan Aliman berkata himpunan itu telah mendapat
kebenaran polis setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya
dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD
Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di
Balai Polis Kepong petang kelmarin.
Polis membenarkan peserta
berarak bermula jam 2.00 petang ini (Sabtu) daripada Masjid Wilayah Persekutuan
Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah
Tinggi Jalan Duta. Kemudian, di tempat letak kereta itu, polis juga turut
membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan
parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang.
Namun, katanya perarakan itu
akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu Istana Negara dan hanya
enam wakil GSF sahaja dibenarkan untuk masuk ke istana dan menyerahkan
memorandum.
Memorandum tersebut
mengandungi tuntutan lapan perkara:
1) Pecat Mohd Isa Samad
sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank
peneroka
3) Batalkan cagaran tanah
Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan
peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa
depan generasi kedua dan ketiga
8 ) Bubar Felda Plantations
dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda
Forblogger berharap agar
tidak berlaku sebarang kekecohan, provokasi dan juga sebarang rusuhan ketika
perhimpunan berlangsung nanti. Semoga persetujuan kedua-dua belah pihak dapat dicapai.
Setiap masalah itu, pasti ada penyelesaiannya bergantung pada budi bicara
kedua-dua pihak.
No comments:
Post a Comment