KOTA KINABALU : Setiausaha
Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Henrynus Amin pada Isnin menyelar Datuk
Dr Jeffrey Kitingan atas apa yang disifatkannya sebagai kritikan tidak kena
pada tempatnya berhubung sokongan padu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan terhadap
Barisan Nasional (BN), yang menurutnya mencerminkan keyakinan PBS terhadap
kepimpinan dan dasar-dasar perdana menteri dan ketua menteri Sabah.
Beliau berkata, PBS pastinya
kecewa dengan tindakan terbaru Dr Jeffrey Kitingan yang mengkritik abangnya
sendiri yang merupakan presiden PBS, anggota Parlimen Keningau dan anggota
Dewan Undangan Negeri Tambunan, kerana memuji kepimpinan BN negeri dan
persekutuan.
"Apa salahnya untuk
menyatakan penghargaan parti kepada kepimpinan BN negeri dan persekutuan atas
semua perkara baik yang telah dilakukan demi manfaat rakyat Sabah?"
soalnya.
Henrynus berkata mana-mana
ahli politik yang berfikiran waras akan memberikan pujian apabila wajar dipuji
dan mengkritik apabila perlu dikritik, bergantung kepada keadaannya.
"Adalah kurang cerdik
untuk Dr Jeffrey mengkritik begitu apabila Pairin hanya menjalankan
tanggungjawabnya terhadap penduduk di Keningau dan Tambunan dengan memberikan
pujian kepada perbuatan baik kerajaan BN negeri dan persekutuan," katanya
dalam kenyataan di sini. (Bernama)
betul juga...pujian perlu diberikan sebagai penghargaan dan kritikan harus diberikan jika ada yang tidak betul atau bermasalah...
ReplyDeletetapi kadang2 kritikan tu lebih baik daripada pujian:)
DeleteKritikan harus diterima untuk membaiki lagi kelemahan.
Deleteapa2 pun, teruskan perjuangan PBS untuk rakyat sabah..
ReplyDeleteMacam susah juga kan adik beradik join politik. Tak pasal2 dorang bergaduh sesama sendiri. huhuhu
ReplyDeletekerana politik saudara tidak sefahaman.. kan baik mereka bekerjasama.
Deletepolitik tidak melihat pada talian persaudaraan..
DeleteAdik beradik ini harus mencari persefahaman.
DeleteDah lah berlainan misi dan perjuangan, tidak hairan juga.
DeletePaling sennag kan, puji bila patut kena puji dan begitu jugalah sebaliknya, barulah aman dunia:P hehe
ReplyDeleteI hope Jeff criticism towards his own brother Pairin would not cause their relationship to loosen.
ReplyDeleteIts all up to them to judge. Good or bad only the brother know
DeleteIt doesn't matter what Jeff thinks about PBS. What matters now is what the people think towards PBS.
ReplyDeleteBetul sebab rakyat yang menentukannya.
Deleterakyat sendiri boleh menilai bagaimana kepimpinan pairin.
ReplyDeleteJika perjuangan beliau positif, pasti berjaya menambat hari rakyat.
ReplyDeletePerjuangan Pairin adalah untuk rakyat Sabah, perjuangan JK hanya untuk diri sendiri.
DeleteKeningau memang banyak perubahan sekarang tapi diharap kerajaan akan terus membantu rakyat.
ReplyDeleteNampaknya JK sememangnya semakin bermasalah. Tidak pasti adakah STAR akan menghadapi perkara yang sama seperti parti lain yang ditinggalkan oleh JK sebelum ini.
ReplyDelete