TENDANG…Musa
kelihatan menendang bola sebagai tanda perasmian Kejohanan Futsal.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KETUA Pemuda UMNO Bahagian
Libaran Suhaimi Hj Nasir berkata melalui program Juara Rakyat yang kerap kali
diadakan ia merupakan satu pendekatan rakyat jelata dengan para pemimpin
kerajaan, khususnya pucuk pimpinan parti.
Katanya, melalui program ini
rakyat jelata tidak kira apa kedudukan mereka dapat disatukan untuk
menggembling tenaga untuk meningkatkan prestasi kemantapan perjuangan UMNO dan
Barisan Nasional (BN) dipersada politik tanah iair masa kini.
Suhaimi berkata demikian
ketika berucap di Majlis Juara Rakyat Belia dan Sukan Libaran yang diadakan
Gelanggang Futsal Taman Merpati Batu 7 Jalan Airpot Sandakan, kelmarin.
Sebagai pemuda yang
merupakan benteng perjuangan UMNO Bahagian ini kita tidak boleh berpeluk tubuh
sahaja seharusnya bekerja keras menggembling tenaga sama-sama untuk mempastikan
calon-calon Barisan Nasional/UMNO memang dengan mejoriti besar bagi menewaskan
calon-calon pembangkang pada PRU 13 ini nanti tegasnya.
Sementara dalam ucapan Ahli
Parlimen Libaran Datuk Hj Jusloie Ajirol antara lain menjelaskan kerajaan
Barisan Nasinal (BN) tidak akan meminggirkan golongan belia dalam merebut
segala peluang yang ada pada hari ini termasuk pembinaan Gelanggang Futsal di
Taman Merpati yang sudah siap sepenuhnya.
"Pembinaan Gelanggang
tersebut yang menelan belanja lebih RM100,000 ini sebagai menunaikan janji
kerajaan BN kepada rakyat, khususnya golongan belia untuk menerima pelbagai
kemudahan asas di setiap kawasan yang diwakili,” jelas Juslie.
Juslie turut membidas
terhadap beberapa, orang pemimpin parti Pakatan Rakyat khususnya Parti KeADILan
Rakyat (PKR) yang masuk kampung keluar kampung di mana mereka memfitnah dan
mendakwa kononnya para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kata Juslie lagi, mereka
membuat dakwaan liar bahawa BN tidak mampu membela nasib rakyat yang terhimpit
dalam kesempitan hidup dan kawasan Libaran mundur dalam aspek kemudahan asas
yang disalurkan oleh kerajaan BN.
"Saya menyifatkan semua
tuduhan yang berbentuk fitnah yang dilemparkan oleh para pemimpin PKR kepada
kerajaan BN khususnya kepada para Wakil Rakyat di Libaran sama sekali tidak
berasas dan ini bertujuan untuk memesongkan buah filkiran rakyat, di samping
meraih simpati untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap, perjuangan parti mereka
yang sia-sia itu.
"Lagipun rakyat
sekarang khususnya di kawasan Libaran termasuk DUN Sungei Sibuga dan DUN
Gum-Gum sudah sedar mana satu parti yang
boleh membawa kemajuan dan membela nasib rakat. Para pemimpin PKR tidak ubah
seperti anjing menyalak bukit, namun bukit tetap teguh. Inilah sifat-sifat yang
ada kepada para pemimpin PKR," ujarnya.
Majlis Juara Rakyat tersebut
yang dihadiri lebih 100 penduduk telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO
yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman. Turut hadir pada majlis
tersebut ADUN Gum-Gum Datuk Haji Zakaria Hj Edris dan pegawai-pegawai kanan
kerajaan Negeri dan Persekutuan.
The people will give mandate to a good government during the next general elections. The state government must do their best to retain the people's confidence and loyalty.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
The people knew which party can bring developments and protect the people's rights, hopefully they will vote the best party during the next general elections.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
program juara rakyat dpt mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat.
ReplyDeletelaksanakan program seperti ni dengan kerap.
DeleteMahal juga mau bina gelanggang futsal ni. Semoga program juara rakyat dapat capai objektif asalnya.
ReplyDeleteManfaatkan futsal yang ada untuk sukan
DeleteBuat sesuatu yang mampu memberikan yang terbaik kepada kedua-dua pihak.
ReplyDeleteBoleh tahan CM dendang bola.
ReplyDeletepemimpin2 kerajaan juga perlu kerap turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan kerap tampil ke media bagi menjawab isu2 yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang..
ReplyDeleteketiadaan penjelasan di pihak kerajaan menyebabkan rakyat mudah menerima isu2 yang dibangkitkan oleh pemimpin2 pembangkang..
ReplyDeleteThe “Juara Rakyat” programme is aimed at helping the Barisan Nasional government to listen to the people’s problems and resolves issues that crop up, Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said.
ReplyDeleteHe said it was also an initiative to bring the BN leaders closer to the grassroots. “This programme also brings together all BN component party leaders, unlike previously where activities were carried out separately,” he told reporters after opening the Lembah Pantai “Juara Rakyat” programme. He dismissed an allegation that the programme was aimed at fishing the people’s votes.
ReplyDeleteEarlier in his speech, Raja Nong Chik called on BN leaders to go to the ground often to meet the people and listen to their problems. He said only then would the government be able to address their problems. At the function, Raja Nong Chik also handed over business loans, totalling RM75,000 under the Yayasan Tekun Nasional(TEKUN) to 15 recipients. He also received books, worth RM200,000, contributed by Yayasan Pembangunan Buku Negara to be distributed to the people’s housing projects in the Federal Territories.
ReplyDelete