BOCOR....Samsul
(kiri bersongkok putih) menunjukkan kawasan yang telah dikenalpasti berlaku
kebocoran selepas pihaknya mengadakan pemeriksaan saluran paip secara
menyeluruh di sekitar bandar Lahad Datu.
LAHAD DATU: Jabatan Air
Daerah Lahad Datu telah mengenalpasti kebocoran sebesar 4 inci yang dikesan
pada paip bersaiz 450mm di jalan Pantai merupakan antara punca kepada
berlakunya masalah gangguan bekalan air di sekitar kawasan bandar Lahad Datu
sejak kebelakangan ini.
Jurutera Air Bahagian,
Samsul Bahiry Marullah berkata kebocoran yang berlaku pada paip itu berjaya
dikesan kelmarin selepas pihaknya mengadakan pemeriksaan saluran paip secara
menyeluruh di sekitar bandar Lahad Datu.
“Kebocoran pada paip itu
telah menyebabkan Jabatan Air Lahad Datu kehilangan kira-kira dua juta liter
bekalan air bersih sehari dan ini sekali gus menyebabkan berlakunya gangguan
bekalan air serta kehilangan Air Tak Berhasil (NRW) yang tinggi di kawasan itu,”
katanya.
Beliau berkata demikian
selepas melawat dan melakukan pemantauan ke kawasan lokasi paip bocor itu di
Jalan Pantai, bandar Lahad Datu, yang turut disertai oleh Penolong Pegawai
Daerah Lahad Datu (Pentadbiran), Juraimin Jadil dan Penolong Jurutera Jabatan
Air Lahad Datu, Ardianshah Mat Salleh.
Tambah Samsul, kebocoran itu
dikesan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai masalah
gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan itu sejak kebelakangan ini.
“Hasil siasatan awal pihak kita
tidak menolak kemungkinan kebocoran paip telah berlaku sejak dua tahun lalu
semasa kerja-kerja mengorek dilakukan di bawah tanah oleh pihak-pihak
tertentu,” katanya sambil menambah kebocoran pada paip itu turut menyebabkan
berlakunya masalah tekanan air rendah di beberapa kawasan sekitarnya.
Dalam pada itu, Samsul
berkata pihaknya akan membuat pemantauan berterusan dan mengambil tindakan
segera untuk membaiki kebocoran pada paip berkenaan dan berharap masalah itu
dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.
Tambahnya, Jabatan Air
Daerah Lahad Datu juga merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat
mengenai perbuatan mencuri air atau mengesan ada berlakunya kejadian paip bocor
agar membuat aduan dengan menghubungi jabatannya di talian 089-881767 bagi
memudahkan tindakan segera diambil. (UB)
masalah kebocoran paip ini harus diselesaikan segera.
ReplyDeletecepat dikesan, cepatlah diperbaiki.harap masalah air yang dihadapi penduduk akan berakhir.
ReplyDeleteBaguslah jika sudah dapat mengesan punca kenapa masalah air berlaku.
ReplyDeletePerbaiki masalah yang dihadapi ini.
ReplyDeleteJabatan air perlu segera selesaikan masalah tu
DeleteJabatan air perlu lebih peka dalam hal ni.
ReplyDelete