Tuesday 31 July 2012

KENAPA KAMI TERUS DILUPAKAN?




Saudara Pengarang,

SELAKU salah seorang bekas Ketua Kampung di Kadamaian dan mewakili suara ramai pesara Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang mungkin berjumlah lebih seribu orang, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mempertimbangkan memberi sekurang-kurangnya bonus kepada para pesara seperti kami.

Semua pesara lain telah mendapat pelbagai habuan dan bantuan dari kerajaan bagi mengenang jasa mereka, tetapi apakah jasa dan perkhidmatan kami sebagai bekas Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK langsung tidak bermakna sudah kepada kerajaan?

Bukan sahaja kami berkhidmat menjaga pentadbiran di peringkat kampung, malahan menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dasar-dasar dan programnya.

Kalaupun kerajaan tidak boleh mempertimbangkan elaun sara bulanan kepada para pesara seperti kami, tetapi sekurang-kurangnya berilah pnghargaan dalam bentuk bantuan sekali setahun atau bonus perkhidmatan kami selama ini.

Kalau bukan kerajaan tempat kami mengharap, kepada siapa lagi kita hendak menaruh harapan dalam meminta pembelaan di kala kos hidup semakin tinggi sedangkan kebanyakan kami pula semakin lanjut usia?

Berbanding dengan kakitangan awam dan lantikan politik lain yang menerima gaji dan elaun berlipat kali lebih tinggi, ada antara bekas pengerusi JKKK dan Ketua Kampung hanya menerima haji setakat RM200 sebulan.

Walaupun demikian tugas kami dianggap penting kepada kerajaan dan sering dipanggil bila ada masalah timbul.

Saya harap Ketua Menteri Musa Aman memberi pertimbangan sebelum pihak lain mengambil kesempatan membela nasib para pesara jawatan peringkat kampung seperti kami ini.

Sekian, terima kasih.

PETER PALALUN LAGADAN
Bekas Ketua Kampung Kg Gaur, Kota Belud

4 comments:

  1. kerajan harus pertimbangkan perberian bonus kepada pesara ketua kampung dan JKKK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully the govt would consider their plea.

      Delete
  2. mereka byk memberi sumbangan sebelum ini, jadi ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. They have contributed a lot before this. Their contribution should be appreciated.

    ReplyDelete