PERALATAN.....Musnah
menerima bantuan peralatan perniagaan sejuk beku yang disampaikan Azizah.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT: Seramai 75 peserta
Azam Niaga Bahagian Parlimen Beaufort di sini menerima bantuan mesin dan
peralatan mengikut bidang perniagaan masing-masing.
Sebanyak sembilan bidang
perniagaan yang mendapat bantuan itu ialah Perniagaan Kedai Makan, Masakan
Kuih, Makanan Sejuk Beku, Ice Blanded, jahitan, andaman pengantin, SPA secara
mobil, perkhidmatan menggunting dan perniagaan minuman.
Majlis penyerahan
disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun di
Dewan Baru Beaufort di sini baru-baru ini.
Ketika menyampaikan ucapan
pada majlis itu Azizah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort
itu berkata kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan rakyat
walaupun rakyat pernah lupa segala jasa kerajaan.
“Pemimpin dan kerajaan BN
sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat dan sentiasa melihat keperluan rakyat
seperti program 1 Azam ini yang bertujuan meningkatkan taraf hidup bagi
mengakhiri zaman miskin,” katanya.
Sehubungan itu beliau
berharap mereka yang mendapat bantuan dan kemudahan daripada program itu dapat
memanfaatkannya dengan sebaik mungkin melaui usaha dan kesungguhan dalam bidang
perniagaan yang diceburi.
“Kerajaan BN telah beri
segala bantuan dan kemudahan untuk rakayt maka terpulangl;ah kepada rakyat
untuk memanfaatkan segala bantuan yang diberi, justeru itu saya menyeru
tingkatkanlah usaha dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai taraf
hidup yang lebih baik daipada hari ini,” katanya.
Sementara itu seorang
penduduk Kg Lajau, Julia Tunis, 38 yang menjalankan perniagaan jahitan sangat
berbesar hati dan berterima kasih atas keprihatian kerajaan BN.
“Dengan bantuan ini saya
yakin akan dapat meningkatkan pendapatan saya
berbanding semasa selama kira-kira setahun hanya dilengkapi dengan mesin
jahit biasa,” katanya yang mendapat bantuan mesin jahit biasa, mesin jahit tepi
dan mesin sulaman.
Musnah Bura, 40, yang akan
memulakan perniagaan sejuk beku selepas mendapat bantuan peralatan itu berkata
beliau akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bagi memastikan
rakyat di Dun Klias khasnya dan negeri ini amnya akan terus mendapat pembelaan.
“Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada wakil rakyat kami di sini, Datuk Azizah yang telah banyak
membawa pembangunan dan pelbagai program untuk manfaat rakyat di sini,”
katanya,
Jurtiah Kamis, 34 dari Kg
Lajau yang pernah mengikuti kursus andaman dan berpengelaman bekerja selama 3
tahun kini akan memulakan perniagaan sendiri selepas mendapat bantuan Azam
Niaga.
“Dengan bantuan ini saya
kini boleh memulakan perniagaan sendiri dalam bidang andaman dan saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Datuk
Azizah selaku wakil rakyat yang selama ini terbukti prihatin terhadap keperluan rakyat,”
Kerajaan sentiasa berusaha menghulurkan bantuan kepada rakyat.
ReplyDeletebyk bantuan dan sumbangan kerajaan berikan kepada rakyat.
ReplyDeleteProgram 1 Azam ni sangat bermanfaat kepada peserta ynag mengikutinya. semoga rakyat menggunakan peluang ini sebaiknya.
ReplyDeleteItu sudah semestinya kerana rakyatlah penentu kerajaan mereka.
ReplyDeleteBetul..Kerajaan tidak pernah duduk diam untuk membantu rakyat. Itu sudah tanggungjawab kerajaan untuk melakukannya.
ReplyDeleteUsaha kerajaan dalam membela rakyat adalah berterusan
DeleteKeprihatinan kerajaan sentiasa untuk kepada rakyat
ReplyDeletehampir setiap hari ada laporan2 di media yang mana pemimpin2 kerajaan turun padang menghulurkan bantuan kepada rakyat.. ini jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak mengabaikan rakyat..
ReplyDeletesyabas kepada Azizah.. setakat ini hanya beliau saja wakil rakyat yang kerap turun padang membantu rakyat.. walaupu pelbagai isu timbul dalam umno sabah, beliau tetap dengan kerja beliau membantu rakyat..
ReplyDelete