MESRA.....Salah
seorang Ketua Cawangan Umno beramah mesra dengan Nasrun ketika tiba di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu untuk merasmikan majlis berkenaan.
Oleh : RIDZAL ABDULLAH
KUNAK: Ketua-ketua cawangan
Umno memainkan peranan yang sangat penting dalam memimpin ahli-ahli di akar
umbi, kata Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.
“Ketua bagi sebuah cawangan
Umno ibarat permata yang bersinar kerana bukan sahaja bertindak sebagai
pemimpin akar umbi tetapi mereka juga sebagai mata dan telinga bagi pucuk
pimpinan. Maka mereka ini harus dihargai dan diberi pujian kerana menjalankan
tugas yang agak rumit dan tetap setia kepada parti walau berdepan dengan
pelbagai cabaran,” kata beliau semasa Taklimat Ketua-ketua cawangan Umno bagi
kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kunak baru-baru ini di Pejabat Penyelaras
Umno Pekan Kunak.
Katanya, jika semua 432
orang ketua cawangan Umno di bahagian Silam menjalankan tugas seperti yang
diarahkan, Barisan Nasional (BN) Silam akan sekali lagi menang dalam Pilihan
Raya Umum (PRU) ke 13 dan mengekalkan rekod seperti PRU sebelum ini.
KENANGAN....Ketua-Ketua
cawangan Umno di DUN Kunak bergambar bersama Nasrun (duduk tengah) dan Datuk
Nilawan Kabang.
Menurut Pembantu Menteri
kepada Ketua Menteri itu, wajarlah setiap ketua cawangan Umno khususnya di
bahagian Silam untuk meneruskan tugas murni dengan berkerja lebih gigih dan
menangkis segala dakyah pembangkang yang sentiasa berusaha merosakkan
keharmonian dan perpaduan negara.
“Bimbinglah tangan semua
ahli anda, genggam erat dan jangan biar musuh mempengaruhi fikiran mereka
dengan hasutan dan tipu helah yang hanya akan membawa kepada kehancuran, kerana
tiada kerajaan yang layak dan mampu serta terbukti selain kerajaan BN yang bertunjungkan
parti Umno,” tegas beliau.
ZON
TUNGKU....Ketua-Ketua cawangan Umno DUN Tungku bergambar bersama dengan Nasrun
(duduk tengah barisan hadapan).
Katanya, kepimpinan Perdana
Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak telah terbukti dengan pelbagai transformasi
yang direalisasikan sehingga semua rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka
dapat menikmatinya bersama.
“Bagi Sabah pula, Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Aman telah menunjukkan segala kebolehan beliau dengan
membawa pelbagai kemajuan ke negeri ini sehingga tiada sesiapa mampu
menyangkalnya lagi,” tambahnya.
Justeru,beliau menyeru agar
rakyat berfikir dengan berdasarkan fakta dan sejarah bukan berlandaskan emosi
dan ‘ikut-ikut’ sahaja.
“Sejarah telah membuktikan
BN mampu mentadbir negara dengan cemerlang, jadi saya hairan mengapa ada
sebilangan kecil pihak berani memperjudikan masa depan mereka dengan berpihak
dengan kelompok yang hanya berani tampil dengan menjual air liur menabur fitnah
di kedai-kedai kopi serta menjanjikan bulan dan bintang di saat bahang PRU
semakin hampir," kata Nasrun lagi.
Nasrun mengajak Ketua
Cawangan melihat negeri ditadbir pembangkang kerana jauh sekali perbezaan
dengan yang ditadbir BN dan mengajak mereka berfikir bahawa hanya empat negeri pembangkang
tidak dapat dijaga; inikan pula berangan-angan untuk mengambil alih Putra Jaya.
"Ibarat rumah sendiri
belum bersih, rumah orang lain pula mahu dibersihkan,” katanya.
SALAM.....Ketua-Ketua
cawangan Dun Lahad Datu yang hadir dalam taklimat tersebut di
Lahad Datu.
Dalam pada itu, beliau turut
mengumumkan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Silam akan diadakan pada 26 Ogos
yang akan menyaksikan seramai hampir 1,500 orang perwakilan akan menghadiri
mesyuarat tersebut yang mewakili jumlah keahlian Umno terbesar di seluruh
negara.
Terdahulu, Nasrun yang juga
Pengerusi Penyelas Barisan Nasional Parlimen Silam juga telah merasmikan
taklimat yang serupa bagi kawasan Dun Tungku dan Lahad Datu.
Hadir sama, Bendahari Umno
Silam yang juga Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang; Setiausaha Umno Bahagian
Silam, Aljen Johnny dan Ketua Penerangan Umno Silam, Sharif Saidi Sharif Alawi
ketua2 cawangan UMNO memainkan peranan penting dalam parti. semua harus bersatu dan bekerjasama dalam melangsungkan kekukuhan parti.
ReplyDeleteMaju mundur parti terletak kepada kepimpinannya.
ReplyDeleteMaju dan mundur negara terletak pada kepimpinan pimpin.
DeleteTeruskan berkerjasama untuk membantu penduduk. Jangan lupa akan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang terpilih.
ReplyDeleteKerajaan perlu usaha yang berterusan dalam membela nasib rakyat Sabah
ReplyDeletebercakap pasal Kunak, pemimpin2 kerajaan BN perlu melakukan lebih banyak pembangunan di pekan ini.. kadang kala saya tidak perasan sudah melalui pekan ini ketika membuat perjalanan dari LD ke Tawau..
ReplyDelete