Saturday 14 July 2012

KR1M PERTAMA DI SABAH KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA




TINJAU.....Ismail (dua dari kiri) sedang meninjau harga beras 1Malaysia, sambil dibantu oleh Jainab (tiga kanan).

Oleh : YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dilancarkan di sini kelmarin adalah yang pertama di Sabah dan kedua terbesar di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunaikan janji kepada rakyat khususnya Sabah dengan membuka KR1M pada 29 Jun lalu.

“Kerajaan faham bahawa ketika ini harga barangan di pasaran semua naik, keadaaan yang sama berlaku di semua negara di dunia disebabkan ketidakseimbangan yang wujud di antara pengeluaran makanan dan peningkatan populasi di dunia.

“Oleh itu, antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos hidup rakyat adalah dengan memperkenalkan KR1M yang mana harga barangannya adalah murah sebanyak 30 hingga 50 peratus berbanding di kedai lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M yang terletak di Inanam di sini kelmarin.

Beliau berkata, sebanyak lebih daripada enam buah KR1M lagi akan dibuka di seluruh Sabah iaitu dua di Kota Kinabalu, Semporna, Lahad Datu, Keningau, Sandakan dan Tuaran.

Ismail berkata, sepanjang tahun lalu, sejumlah RM20 bilion telah ditanggung oleh kerajaan sebagai subsidi kepada barangan keperluan asas.

“Langkah sedemikian bertujuan untuk memastikan rakyat dapat membeli barangan penting pada harga yang munasabah dan jauh lebih murah berbanding di negara lain di Asia.

“Kementerian saya juga akan melancarkan Skim Kawalan Harga dalam masa terdekat untuk mengawal harga barangan ketika perayaan-perayaan,” katanya.

Ismail juga menyeru rakyat Sabah agar tidak tertipu dengan dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan produk-produk KR1M lebih mahal dengan barangan yang dijual di kedai runcit.

Katanya, rakyat tidak perlu bimbang akan kualiti barangan KR1M kerana semua barangan itu berkualiti dan dijamin keselamatannya.

“Penguasaha industri kecil dan sederhana yang berminat memborong barangan KR1M boleh datang ke kedai ini untuk mengambil produk.

“Saya menggalakkan kedai runcit dan penjaja sedia ada untuk memborong di KR1M dan semua barangan KR1M yang dijual diseluruh Sabah mempunyai harga yang sama,” katanya.

Selain itu, katanya, mereka yang ingin memulakan perniagaan KR1M boleh berdaftar dengan Mydin dan pengusaha itu mesti mempunyai modal sekurang-kurangnya RM500 ribu.

Tambahnya, modal itu diperlukan untuk menyenangkan proses penempahan produk 1Malaysia kerana semua produk yang dijual adalah sangat laris. Beliau juga tidak mahu ada pengguna yang tidak dapat membeli barangan asas disebabkan kehabisan bekalan. (UB)


9 comments:

  1. Terbesar atau tidak, kebajikan rakyat paling penting.

    ReplyDelete
  2. harap harganya paling berpatutan jg.

    ReplyDelete
  3. Kualiti dan harga biar berpatutan.

    ReplyDelete
  4. KR1M di Sabah yang kedua terbesar?!! Nampaknya kerajaan cuba mempromosikan dan menjadi KR1M ini sebagai usaha meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KR1M adalah untuk rakyat, usaha kerajaan menunjukan keprihatinan kerajaan kepada rakyat.

      Delete
  5. Semoga dengan pembukaan kedai 1 Malaysia ini dapat meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  6. Lebih baik perbanyakan KR1M di seluruh Sabah untuk kemudahan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,, besar macam mana sekalipun, jika tidak sampai kesemua pelusuk daerah, tidak ada makna juga tu..

      Delete
  7. jangan kerana KR1M Sabah terbesar, maka jumlah cawangannya di negeri ini dikurangkan.. pastikan sampai kesemua daerah..

    ReplyDelete