KEMUDAHAN…….Abdul
Rahman (tiga dari kanan) menyampaikan sebuah mesin jahit elektrik kepada salah
seorang peserta kursus sambil disaksikan oleh Lores (kiri sekali), Norshafie
dan Sylvester (dua dari kanan) pada majlis itu.
Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
KOTA BELUD : Ahli Parlimen
Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata kursus kemahiran yang
sering dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan membabitkan golongan belia di
negeri ini merupakan sebahagian daripada transformasi kerajaan ke arah
memantapkan ekonomi rakyat.
Menurutnya, proses
transformasi kerajaan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri
Mohammad Najib Tun Abdul Razak berjalan dengan lancar bukan hanya setakat
retorik politik malah ianya dilaksanakan sepanjang masa untuk kebaikan rakyat
secara keseluruhannya.
Katanya, program 1 Azam
merupakan salah satu contoh program transformasi ekonomi yang secara langsung
melibatkan rakyat di peringkat akar umbi yang berminat untuk memajukan ekonomi
diri dan keluarga.
“Kursus Seni Kreatif Jahitan
1 Azam seperti yang diadakan hari ini jelas membuktikan kerajaan sentiasa
berusaha bukan setakat memberikan ilmu kemahiran malah memberi kemudahan asas
yang diperlukan oleh peserta.”
“Justeru itu, para peserta
yang terlibat dalam program ini seharusnya menggunakan peluang yang diberikan
oleh kerajaan sebaik mungkin untuk kemajuan diri.”
Beliau berkata demikian ketika
merasmikan Penutupan Kursus Seni Kreatif Jahitan 1 Azam anjuran Kementerian
Belia Dan Sukan Sabah yang telah diadakan di Dewan Arena Belia Dan Sukan Kota
Belud, baru-baru ini.
Abdul Rahman yang juga
Setiausaha Barisan Nasional Sabah turut berkata program transformasi ekonomi
bukan hanya hebat dibicarakan ketika persidangan parlimen diadakan malah ianya
telah terbukti meresapi hingga ke peringkat akar umbi tidak terkecuali di
daerah Kota Belud.
Beliau juga meminta pihak
yang terbabit dalam penganjur program tersebut supaya terus memperhebatkan
penganjuran program seumpamanya agar lebih banyak golongan belia dapat mendapat
manfaat dari program transformasi kerajaan.
Seramai 15 orang belia dari
daerah ini telah menyertai Kursus Seni Kreatif Jahitan 1 Azam yang diadakan
selama 20 hari, selain daripada menerima sijil kursus setiap peserta menerima
sebuah mesin jahit elektrik, mesin jahit tepi kain elektrik, sebuah papan
streak, sebuah streak dan peralatan jahitan.
Hadir sama pada majlis itu
antaranya Wakil Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Sylvester
Pilol, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Norshafie Dukah, Pegawai Kementerian
Belia Dan Sukan Kota Belud, Madlee Mason, Wakil Jabatan Polis Kota Belud, Asp
Lores Matius serta para pemimpin setempat yang lain.
plbagai kursus kemahiran ditawarkan pada masa ini, kita harus manfaatkan untuk meningkatkan kemahiran kita dalam pelbagai bidang.
ReplyDeleteKursus kemahiran yang dianjurkan sekiranya berminat jangan lepaskan peluang
DeleteBersedialah menerima sebarang transformasi yang dilaksanakan.
ReplyDeleteTeruskan usaha membantu meningkatkan pendapatan penduduk.
ReplyDeleteKerajaan telah mencuba yang terbaik untuk memastikan rakyat mendapat manfaat dalam apa juga anjuran dan program untuk rakyat.
ReplyDeleteKemahiran memang diperlukan pada masa2 sekarang untuk mendapatkan pekerjaan.
ReplyDeleteyup.. kemahiran adalah yang paling penting sekali dalam usaha membangunkan ekonomi isi rumah.. berkenaan dengan platform untuk rakyat mengetengahkan kemahiran mereka bukan sahaja sentiasa terbuka luas, malah pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan..
Deletesyabas kepada kerajaan kerana benar2 melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat dalam membangunkan ekonomi mereka..
ReplyDelete