Monday 30 July 2012

LAJIM TUNGGU DIPECAT DARI UMNO DAN KERAJAAN?




Oleh : OSIN DIKUN

KEHADIRAN lebih 20,000 orang di majlis penuh bersejarah anjuran Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin di Kampung Kuando, Beaufort mengulang sejarah 1994 kerana sejarah mencatatkan Lajim menyertai UMNO kerana 'dibeli' Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kini sejarah berulang lagi apabila Lajim mengumumkan tindakan meletakkan jawatan sebagai AMT UMNO dan Ketua Bahagian UMNO Beaufort di hadapan Anwar Ibrahim, tetapi peliknya Lajim masih menjadi Ahli UMNO dan Timbalan Menteri dan memilih untuk dipecat.

"Saya kecewa kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hanya berjanji untuk membuat perubahan pucuk pimpinan Barisan Nasional Sabah tetapi sehingga ke hari ini semua janji Najib belum terlaksana," kata Lajim yang mendapat tepuk sorak daripada penyokongnya yang datang sejak jam 2 petang lagi.

Menurut Lajim, kali ini tidak siapa boleh mempertikaikan tindakannya kerana beliau bukan ditawarkan habuan tetapi kerana tidak sanggup lagi menjadi 'Yes Man'; sebaliknya pemimpin BN yang cuba membeli beliau agar kekal dalam BN.

"Saya tetap dengan pendirian saya demi untuk mendesak kerajaan membangunkan Sabah yang serba ketinggalan," kata Lajim lagi.

Seperti alasan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Lajim juga mempertikaikan kegagalan kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat pemberian kerakyatan songsang di Sabah.

Lajim turut mendedahkan 'kronisme' dan 'Nepotisme' begitu ketara di Sabah sehingga membuatkan beliau muak dengan mutu kepimpinan BN dan UMNO Sabah.

"Oleh itu, saya menguatkan tekad untuk melancarkan slogan TUKAR," ujar Lajim yang akhirnya mencipta rekod baru dan berjaya memalukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

10 comments:

  1. Rather than being fired, it's better to leave yourself, Lajim.

    ReplyDelete
  2. Or maybe Lajim is hoping to get sympathies from the Sabahans?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau minta simpati dari rakyat?? rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Lajim.

      Delete
  3. nak jg tunggu dipecat, keluar sajalah.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik keluar saja, daripada di pecat.

    ReplyDelete
  5. Stop being hypocrite la, Lajim..

    ReplyDelete
  6. Sekali lagi Lajim dibeli oleh Anwar untuk PRu13 ini. Pada 1994 begitu juga. Sejarah berulang kembali.

    ReplyDelete
  7. Apa pun tidak semestinya Lajim menyertai PR terus PR menang. Tidak semudah itu. Rakyat masih lagi dapat menerima kerajaan BN Sabah yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete