SANDAKAN : Badan dakwah dan
institusi Islam di negeri ini diminta agar sentiasa berbincang, merancang dan
melaksanakan program dakwah secara terancang dan diselaras dengan berkesan.
Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman berkata ia penting bagi memastikan mesej dakwah dapat disampaikan
dengan sempurna mengikut keperluan dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti.
"Ini termasuklah
mengambil kira penglibatan golongan belia dengan pengisian pelbagai aktiviti
yang dapat menarik mereka dalam pembangunan ummah," katanya ketika
merasmikan Seminar Memperkasa Dakwah peringat Daerah Sandakan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam giat
merancang dan melaksanakan usaha-usaha pembangunan, kerajaan negeri juga
menitik berat tanggungjawab penyebaran dakwah Islamiah di negeri ini.
Atas faktor itu, sumbangan
dana diagih kepada pelbagai agensi yang melaksanakan secara khusus penyebaran
dakwah Islamiah, katanya.
Musa
berkata dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, pendekatan yang berkesan dan
teknologi terkini perlu diguna tanpa mengabaikan semangat perpaduan dan
persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. (Bernama)
Constant discussions and planning is need to ensure the programs goes smoothly and effectively.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Hopefully the allocations of funds will be done fairly among all agencies involving in spreading religious messages to the people.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
setiap program kena dilaksanakan dgn terancang.. dgn ini matlamat akan tercapai.
ReplyDeletePerancangan yang sistematik amat penting sebelum melakukan sesuatu.
ReplyDeleteseketika ketepikan dulu soal politik, tumpukan soal keagamaan.
ReplyDeleteSelain pembangunan dari aspek fizikal, pembangunan spiritual juga amatlah penting.
ReplyDeleteBetul apa yang dikatakan. Biar apa yang didakwah itu sampai kepada penerima.
ReplyDeleteItu saya sokong. Tidak dinafikan lagi dengan apa yang dikatakan itu.
ReplyDeleteRakyat perlu menyokong usaha dan program2 kerajaan.
DeleteSabah bertambah maju dan pembangun di bawah pimpinan Datuk Musa Aman.
ReplyDeleteseperti PAS, BN juga tidak pernah mengabaikan atau melupakan agama Islam sebagai agama rasmi negara.. cuma isu agama ini tidak perlulah dijadikan bahan untuk mendapatkan sokongan politik seperti yang dilakukan oleh PAS..
ReplyDelete