Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
MUFTI Perlis, Dr Juanda Jaya
bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas Mufti Perlis
Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili
Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.
"Setuju (dengan
Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil
rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda
melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, tokoh agama
itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak
sekalipun ia merupakan 'keluasan agama'.
Dr Juanda mengulas pandangan
Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan
puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau
boleh menjejaskan peluang kemenangan.
Malah Dr Asri yang juga
pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits
Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.
Isu berkenaan turut mendapat
perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan
(MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.
Setiausaha PUM Dr Mohd
Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang
dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.
"Umat Islam memerlukan
satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr
Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari
kerajaan.
"Itu pandangan peribadi
mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu
sebelum ini.
Bagaimanapun masyarakat
Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di
peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi. (MKINI)
No comments:
Post a Comment