Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
TIMBALAN Pengerusi Umno
Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya akan membuat pendedahan balas
terhadap ADUN DAP Ng Suee Lim sekitar isu rumah kondominium yang dibinanya.
"Suruh dia bersedia
dengan isu rumah kondo yang dia buat di Sekinchan. Tunggu, kita akan tanya dia
pula," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam
Konferen Antarabangsa Bisnes Agro-Bio 2012 di ibu negara petang ini.
Bagaimanapun, beliau tidak
menyatakan, bila pendedahan tersebut akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu.
Noh yang juga ahli parlimen
Tanjong Karang memberi amaran demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung
pendedahan Ng mengenai dakwaan pemimpin Umno bahagian itu membeli tanah dengan
harga sangat murah pada tahun 2001.
Diminta mengulas berhubung
dakwaan Ng tersebut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani
bagaimanapun enggan menjawabnya.
"Ini standard isu
tempatan, tak payahlah (jawab)... Ini isu tempatan, tak payahlah,"
katanya.
Ng pada 6 Jun lalu mendakwa
terdapat urus niaga tanah tidak wajar membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh
Umno Tanjung Karang pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.
Enggan ulas itu papan tanda
'haram'
Sementara itu, beliau juga
enggan mengulas dakwaan bahawa beliau memasang papan tanda memaparkan wajahnya
bersama perdana menteri secara haram di Kuala Selangor.
Sebaliknya, menurut Noh,
setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Husin yang membuat
dakwaan itu patut menyelesaikan "masalah dalaman" PKR melibatkan
terlebih dahulu.
"Suruh dia selesai
masalah dalaman (terlebih dahulu). Pastikan dia selamat sebagai pegawai
(setiausaha politik).
"Orang PKR pun marah
dekat dia, dia nak kacau orang pasal apa. Selesai masalah dalaman dahulu,
pastikan jawatan kekal, baru dia (boleh) cakap banyak," kata Noh dengan
nada tegas.
Portal kerajaan negeri
Selangorku kelmarin melaporkan Faekah sebagai berkata, tujuh papan tanda
berkaitan dipasang secara haram di Tanjung Karang, melanggar peraturan dan
tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDSA).
Mempertahankan tindakan itu,
Noh kemudiannya menjelaskan, semua papan tanda itu dipasang oleh agensi
kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan
Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (Mardi).
Katanya, pemasangan papan
tanda itu bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan
Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di Selangor. (MKINI)
kita tgk apa pendedahan balas daripada dia.
ReplyDeleteMasing2 ada rahsia masing2?
ReplyDeleteSebenarnya PKR bermasalah di Selangor. Sehinggakan ada yang cakap kalau tahu PR juga macam BN tidak payah tukar kerajaan lagi bagus.
ReplyDeleteJangan duduk diam jika kita difitnah dan ada bukti kesalahan orang tersebut.
ReplyDeletePasti semakin dekat PRU13, semakin banyak isu panas.
Deletesenang saja sebenarnya mahu berhadapan dengan fitnah.. ambil saja tindakan undang2, bukannya sekadar membuat penafian di media..
DeleteIsu ni tengah ditunggu-tunggu untuk dipanaskan
ReplyDeletekelemahan pemimpin2 politik di Malaysia ialah asyik tuduh menuduh tapi enggan memanjangkan kes itu dimahkamah..
ReplyDelete