Oleh : MOHD FIRDAUS M NOOR
KENINGAU: Kegagalan Perdana
Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak untuk melawat ke beberapa sekolah daif di
seluruh daerah ini telah menarik perhatian PAS untuk mendekati sekaligus
merasai keadaan dan kedaifan yang digembar-gemburkan seperti mana yang telah
didedahkan oleh media internet terutama Facebook sejak beberapa bulan lalu.
Justeru, rombongan yang
diketuai Ketua Penerangan PAS Malaysia, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah
sempat meninjau serta melihat beberapa buah sekolah yang dikatakan bermasalah
dari sudut binaan struktur, kekurangan infrastruktur dan keadaan yang usang
yang membahayakan keselamatan pelajar.
Antara sekolah yang ditinjau
ialah Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud yang hanya 5 kilometer dari Pekan
Keningau.
Keadaan pondok pengawal yang
usang, bangunan yang membahayakan keselamatan serta keadaan yang daif menarik
minat beliau bersama rombongan yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia (DHPP), N. Balasubramaniam; Ketua
Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul
Latigu dan beberapa rombongan lain.
Menurut Datuk Tuan Ibrahim,
pihaknya seakan tidak percaya apabila dikatakan harga yang mencecah RM 170,000
untuk satu bangunan berukuran 20 x 20 kaki itu yang akan menempatkan pelajar
seramai 30 orang dalam satu kelas.
"Apakah benar kelas
sekecil ini bernilai RM170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan
Ibrahim.
Ada juga kelas sementara
yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah
pelajar yang belajar di bawah khemah.
Sementara itu, Ketua
Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman turut menyelar sikap pemimpin
Kerajaan Sabah yang gagal memberikan komitmen dengan kehadiran Perdana Menteri
ke Keningau bulan lalu.
“Ini salah satu tempat yang
gagal untuk Najib dan pemimpin BN Sabah lain lawati. Ada banyak lagi
kawasan-kawasan daif yang ada didaerah ini dan juga Pensiangan.
“Dan, kita akan dedahkan
satu persatu,” ujar beliau yang juga Yang DiPertua PAS Pensiangan.
Terdahulu, Datuk Tuan
Ibrahim turut dibawa melewati beberapa jalan utama di Sook, Pensiangan yang
menghubungkan beberapa buah kampung antaranya Kg. Sinulihan Baru, Kg. Batu
Luguyan, Kg. Mansiat dan sebagainya.
PAS cuba mempengaruhi rakyat untuk menyokong PR pada pru13 nanti sedangkan di negeri2 di bawah pentadbiran pembangkang di SM juga pasti menghadapi keadaan yang serupa..
ReplyDeleteI doubt their credibility in making Sabah as prosperous like now.
DeleteMemang pun. Diorang ni pandai saja lebarkan sayap pemikiran konservatif.
DeleteBukan mudah untuk menerima PAS di Sabah sedangkan BN juag berusaha dengan baik untuk menjafi Sabah sebuah negeri yang maju.
DeleteAsalkan ikhlas, ada juga rakyat akan memberi sokongan.
Deletew/apa pun yang PAS lakukan, rakyat Sabah tetap akan menolak PAS...PAS adalah tidak relevan di sabah..
ReplyDeletelebih baik tumpukan pada Kelantan. nanti yang dikendong pun berciciran.
Deleteparti yang berasaskan agama tidak sesuai di Sabah.
DeletePAS is not welcomed in Sabah, noted with peace please.
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteSaya pasti PAS hanya pandai berlakon mcm PKR dan DAP.
ReplyDeletePAS tidak akan berjaya di Sabah, kehadiran mereka di Sabah hanya untuk memeriahkan PRU sahaja..
DeletePAS kena perbaiki kegagalan mereka di Kelantan terlebih dahulu.
ReplyDeleteKelantan akan menjadi deposit untuk PAS.
DeleteParti pembangkang harus kerjasama.
ReplyDeleteTeruskan usaha, asalkan positif terhadap rakyat, pasti rakyat memberi peluang.
ReplyDeleteSusah untuk meramal hati rakyat sama ada masih kekal bersama BN atau melompat parti. Entah-entah memberi sokongan kepada pembangkang.
ReplyDeletePAS should concentrate in Kelantan.
ReplyDeleteLebih baik PAS kerjasama dengan parti lain, berkemungkinan menghasilkan sesuatu yang positif.
ReplyDeleteI can see BN indeed stronger in Sabah.
ReplyDeletePAS tinjau kegagalan Sabah... Kemajuan tidak pula di tinjau.
ReplyDeletePerlu adil la ba. yang gagal saja yang ditengok. Yang maju tidak mahu tinjau.
DeleteBukan PAS saja malahan banyak lagi parti pembangkang sekarang ini cuba mencari kelemahan BN di Sabah terutama sekali dikawasan pendalaman.
ReplyDeletekalau soal mencari kesalahan pihak lawan, mereka paling pakar.. tapi untuk menyelesaikan masalah, merekalah yang paling lembab..
DeleteSemoga isu yang hangat di Sabah ini akan dapat diselesaikan dan disuarakan oleh pemimpin Sabah.
ReplyDeleteMudah2an ada penyelesain untuk masalah ni.
Deleterajin pula pemimpin2 PAS tinjau kedaifan di Sabah.. kenapa tidak tinjau kedaifan di Kelantan?? kenapa tidak tinjau rungutan rakyat di kedah setelah kerajaan PAS Kedah memusnahkan madrasah di negeri itu semata2 untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah?
ReplyDeletebagaimana dengan masalah air bersih di kelantan? sudah selesai ka? masih lagi dengan perancangan sebelum ini yang mana masalah air itu hanya akan diselesaikan menjelang 2027??
ReplyDelete