Tuesday 31 July 2012

PERLANTIKAN LAJIM UKIN DIBATALKAN



KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno. Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin. (Bernama)

20 comments:

  1. Lajim enggan memberi komen atas pelucutan jawatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sudah memberikan keterangan berhubung dengan perlucutan jawatannya.

      Delete
    2. Selepas tidak sehaluan, beginilah tindakan terhadap hero berkas BN.

      Delete
    3. lajim sendiri yang menantikan untuk dipecat?

      Delete
  2. kini kita dpt tau kedudukan Lajim, Lajim tak lagi akan bersama UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes he is no longer with UMNO but still a member.

      Delete
  3. Lajim mungkin akan lompat pari, pergi dengan pembangkang.

    ReplyDelete
  4. As far as I concerned, show cause letter has been given and asked for his decision for 2 weeks.

    ReplyDelete
  5. So get fed up with this things already.

    ReplyDelete
  6. Anwar must be so happy now.

    ReplyDelete
  7. Lajim will join PKR after Bumbering. Congrat.

    ReplyDelete
  8. Jelas Musa dan Lajim tidak sehaluan. Keluar sahaja dari BN dan teruskan berkhidmat untuk rakyat di parti lain.

    ReplyDelete
  9. lajim harus membuat keputusan dan bertindak cepat, rakyat sudah tidak bersabar dengan memainkan isu ini.

    ReplyDelete
  10. Parti mana lajim sertai tidak penting, yang mustahak, lajim akan terus bersama rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  11. kalau nak menyertai pembangkang, buatlah keputusan, tiada masalahnya.

    ReplyDelete
  12. Lajim dan UMNO semakin tidak sehaluan, lebih baik sertai PKR dengan Bumbering.

    ReplyDelete
  13. Semua akan diputuskan dalam masa yang tersingkat.

    ReplyDelete
  14. Let see where Lajim will go after leaving BN. I see he will join PKR.

    ReplyDelete
  15. The revocation of Datuk Lajim Ukin’s appointment as Deputy Housing & Local Government Minister is in accordance with the law and ethics of the party and government.

    ReplyDelete
  16. “There is no need to waste the time of the leadership and government to entertain our personal interest. We (government) have to carry out many agendas and work for the people… this is more important for us to focus on,” said Musa.

    ReplyDelete