BEAUFORT: PAS bersedia
menerima kemasukan orang ramai termasuk tokoh masyarakat dan politik untuk
menjadi parti tanpa mengira latar belakang dan kedudukan seseorang.
Ketua Pemuda PAS Sabah,
Lahirul Latigu berkata, PAS sudah menunjukkan keterbukaan dengan menerima
kemasukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti tersebut tanpa
sebarang halangan dan latar belakang.
“PAS sudah banyak pengalaman
yang dilalui. PAS juga menerima pelbagai latar sama ada doctor, peguam,
professional malah orang kampung yang tidak berpendidikan pun PAS terima kalau dia
mahu jadi ahli.
“PAS tidak pernah halang
kemasukan mereka”, ujar beliau.
PAS katanya, turut menyambut
baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin
untuk menyertai PAS sekiranya beliau dipecat oleh Umno.
“PAS mengalu-alukan tindakan
beliau untuk bersama perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.
“Beliau (Lajim) sudah pun
mengakui bahawa Pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan dan memperbetulkan apa
yang diseleweng Umno. Ini kata beliau, dan PAS amat berterima kasih terhadap
pandangan beliau ini,” katanya.
Beliau diminta mengulas
terhadap kenyataan Datuk Seri Lajim dalam sebuah akhbar tempatan Daily Express
kelmarin yang tidak kisah dipecat oleh Umno serta bersedia menyertai sama ada
Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP berdasarkan kehendak para
penyokongnya.
Katanya Lahirul, pimpinan
Umno dan rakyat di negeri Sabah sebenarnya tidak perlu gusar dan takut-takut
untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Umno kerana parti tersebut sudah
tidak mampu mengubah dan berubah apa-apa yang sepatutnya dimiliki oleh negeri
ini.
“Apa yang ada dalam Umno
kini hanyalah rasuah, kronisme, putar belit dan sebagainya.
“Kenapa perlu dipertahankan
Umno dan Barisan Nasional lagi,
seandainya ada Pakatan Rakyat yang mampu mengubah landskap politik dan
kehidupan rakyat Sabah.?” Jelas Lahirul.
selain PKR,SAPP dan Star, rupanya PAS pun berminat dgn Lajim.
ReplyDeleteMungkin Lajim lebih kepada PKR.
DeleteLajim mengatakan sedia dipecat. jika Lajim ada niat nak keluar UMNO, baik keluar saja tak perlu tunggu dipecat.
ReplyDeletekenapa pula sehingga dipecat, imej juga akan digugat.
DeleteLajim sememangnya mempunyai niat untuk keluar dari UMNO. sebaiknya beliau tetapkan pendirian samada untuk tetap bersama UMNO atau terus keluar.
ReplyDeletePAS mahu lawan bosnya dalam PR, iaitu PKR untuk menarik lajim masuk dalam parti mereka.
ReplyDeleterakyat sabah tidak perlukan PAS...rasanya PAS pun sedar bahawa PAS adalah sebuah parti pembangkang yang lemah di sabah dan menumpang publisiti daripada sekutunya dalam PR untuk bertahan...
ReplyDeletebiarlah Lajim sendiri yang menyatakan pendiriannya samada kekal dengan BN atau menyertai pihak lawan
ReplyDeleteatau meletak jawatan/bersara dan memberi laluan kepada generasi muda untuk memimpin Sabah...
ReplyDeletemungkin ramai sangat yang berangan2 untuk mengambil-alih tempat beliau
ReplyDeleteitu sebab ada saja spekulasi yang mengatakan beliau ingin menyertai parti dari pihak lawan
ReplyDeleteini tentu cara pihak tertentu untuk mengelirukan fikiran rakyat
ReplyDeletebelum tentu lagi Lajim sudi untuk masuk pas.
ReplyDeletetunggu dan lihat sajalah apa perkembangannya nanti.
ReplyDeleteI thought Pakatan is the one who want lajim?
ReplyDeleteLajim harus menentukannya secepat mungkin/.
ReplyDeleteTerbukti Lajim akan keljuar dari BN. Cuma masih tiada pengesahan sah dari beliau sahaja.
ReplyDeleteDoesn't feel like Lajim has bring great impact in politic?
ReplyDeleteKeluar atau tidak rasanya semua itu akan terjawap sendiri nanti oleh beliau. Kita tunggu saja mengenai perkara ini.
ReplyDeletePAS pun nampaknya berminat dengan Datuk Lajim untuk menyertai mereka. Tapi Datuk Lajim ada pilihan sendiri mengenai perkara ini. beliau tahu mana yang terbaik untuknya.
ReplyDeletePAS akan kalah teruk di Sabah, Lajim tidak akan masuk PAS
ReplyDeleteLambat laun Lajim akan buat keputusan juga.
ReplyDelete