KOTA BELUD: Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said,
mengingatkan pimpinan Pemuda parti itu supaya mengenepikan politik sukuan dalam
parti.
Katanya, ini penting bagi
keutuhan parti kerana Umno adalah parti untuk semua Bumiputera tanpa mengira
suku dan agama.
"Setiap ahli berhak dan
layak menjadi pemimpin. Umno mengamalkan politik akomodatif dan semua kaum
diberi peranan," katanya berucap merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda
Umno Kota Belud di Dewan Masyarakat di sini hari ini.
Salleh yang juga Ketua Umno
Bahagian Kota Belud berkata, sebagai generasi pelapis kepemimpinan parti,
Pemuda mesti menyerlahkan kekuatan dan perpaduan.
Untuk itu, katanya, Pemuda
Umno mesti mendekati golongan belia remaja, termasuk pengundi yang baru kali
pertama mengundi (first time voter).
"Pemuda jangan syok
sendiri, tapi harus bekerja kuat, termasuk mempengaruhi golongan atas pagar dan
memberi penerangan kepada mereka secara berhemah," katanya.
Selain itu, beliau turut
mengingatkan Pemuda supaya mendekati semua golongan, bukan memilih atau
membentuk kumpulan-kumpulan.
"Kita jauhi amalan suka
kelompok sesama sendiri, kedai kopi kelompok, di padang kelompok, sebaliknya
harus menerobos jauh dan mempengaruhi golongan muda dengan jentera yang ada
selain dari Umno sendiri," katanya.
Mengenai kemakmuran yang
dibawa Umno di Sabah, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah
berkata tidak boleh dinafikan bahawa negeri ini telah menerima nikmat
pembangunan hasil daripada perjuangan parti.
Namun begitu, katanya, masih
banyak lagi yang perlu diperjuangkan dan semua ahli parti perlu bersatu untuk
mencapai impian itu.
jgnlah ada puak dan suku dalam parti, semua kena bersatu.
ReplyDeleteBerpuak tidak akan membawa ke mana
Deleteuntuk menjadi negara yang harmoni kena bersatu. begitu juga dalam parti.
ReplyDeleteKerjasama dan perpaduan di kalangan ahli BN diperlukan dalam parti.
ReplyDeleteBetul..Apa yang pemuda UMNO perlu lakukan sekarang ini adalah memastikan kepentingan dan menepis pelbagai permainan yang direka oleh pembangkang.
ReplyDeletedan dalam masa yang sama sentiasa mengetengahkan kepentingan belia2 muda Sabahan..
Deletenasihat ini jangan hanya ditujukan kepada pemimpin pemuda.. nasihatkan juga pemimpin umno dan para vateren2 umno yang lain..
ReplyDelete