APA cacatnya
Logo Hari Kemerdekaan 2012 yang dipertikaikan pembangkang dan NGO yang Anti
Kerajaan? Kami mengalu-alukan komen anda sama ada logo ini perlu ditukarkan
atau dikenalkan.
Berikut
Maksud Logo berkenaan:
Bendera
Malaysia : Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan
pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat
Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.
Angka
55 : Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan
Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.
Huruf
M : Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai
kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan
dicapai.
Tulisan
grafik erdeka : Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi
oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan
kemerdekaan serta kedaulatan negara.
Janji
Ditepati : Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan
janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang
ekonomi yang terbaik.
1Malaysia
: Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama,
bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu
Negara Bangsa.
Keterangan
Lanjut DI SINI
yang penting adalah semangat kebangsaan dalam diri kita.
ReplyDeleteSemangat kemerdekaan tu perlu ada
DeleteMacam berbaur politik ba tema ni.
ReplyDeleteAda masa lagi kalau mau tukar.
ReplyDeleteApa pun cuba cari penyelesaian mengenai perkara ini.
ReplyDeleteKalau ada pihak yang tidak berpuas hati cuba suruh orang itu mereka sendiri logo untuk diperlihatkan.
ReplyDeleteKalau tiada maksud politik memang logo tu memang baguslah.
ReplyDelete