TERJEJAS.......Kelihatan
Idin Ali Ahmad bergambar berlatar belakangkan rumah penghuni yang terjejas
akbat air bertakung.
OLEH: KREW SABAHKINI.NET
TUARAN: Penghuni tiga buah rumah
di Kampung Kota Tuaran dekat sini menyatakan kesukaran keluar kerana air
bertakung mengakibatkan jalan masuk ke
rumah mereka telah menjejaskan pergerakan harian dan menggesa kerajaan mengalirkan
air itu dengan segera.
Wakil penduduk, Idin Ali Ahmad
berkata, penghuni terlibat menyatakan kekecewaan mereka kerana beberapa aduan
berhubung air bertakung yang memerlukan penyelengaraan sudah disampaikan kepada
kerajaan; namun sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.
"Kami merasa bimbang
jika hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan air bertambah besar dan
sekiranya kerajaan tidak bertindak untuk membina sistem perparitan yang lebih
teratur maka sudah tentu masalah ini akan berpanjangan," kata Idin yang
kesal dengan sikap tidak prihatin pihak berkuasa tempatan.
Tinjauan ditempat yang
terjejas oleh air bertakung itu mendapati kejadian tersebut berpunca daripada
sikap beberapa penduduk yang telah melakukan kerja penimbusan tanah tetapi tidak
menyediakan sistem perparitan untuk mengalirkan lebihan air.
"Saya nampak sendiri
kebanyakan penghuni tidak selesa dan terpaksa menempuh derita akibat masalah
yang begitu membelenggu kehidupan harian mereka. Penghuni bimbang jika air
terus bertakung akan mudah bagi penyakit menyerang mereka. Oleh itu adalah
diharapkan masalah itu akan dapat diatasi dengan kadar yang segera," kata
Idin lagi.
Dalam pada itu, Idin yang
juga bekas seorang guru turut melahirkan kurang senang terhadap tindakan
beberapa pemaju perumahan di kampung itu kerana tidak menghiraukan kepentingan
penduduk kampung apabila didapati beberapa kawasan perumahan yang telah siap
tetapi tidak mempunyai sistem peparitan lebih teratur sehingga mendorong
berlakunya banjir kilat.
sistem pengairan harus diselenggara agar lebih sistematik.
ReplyDeletebila sudah diselenggarakan, jangan pula ada penduduk kampung yang merosakkannya..
DeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
Penduduk kampung pernah gotong-royong untuk baiki saluran air di kampung ini?
ReplyDeleteperkara yang boleh dilakukan sendiri oleh penduduk kampung patut dilakukan sendiri oleh penduduk kampung.. ketua kampung perlu memainkan peranan dalam hal ini..
DeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
Mungkin penduduk kampung ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteBagus juga cadangan gotong-royong itu. Ini dapat menyelesaikannya dan pada masa yang sama juga dapat mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan yang terjalin.
ReplyDeleteBetul, lebih gotong royong untuk membesarkan parit dan membersih.
DeleteSaliran perparitan harus dipertingkatkan.
ReplyDeletedan penduduk kampung juga perlu bertanggungjawab bila mana tindakan2 mereka telah merosakkan sistem perparitan tersebut.. jangan sewenang2nya menuding jari kepada pihak kerajaan jika masalah itu berpunca dari diri sendiri..
DeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
"..kejadian tersebut berpunca daripada sikap beberapa penduduk yang telah melakukan kerja penimbusan tanah.."
ReplyDeletekenapa tidak arahkan saja penduduk2 yang melakukan penimbusan tanah itu untuk memperbetulkan semula saliran yang dirosakkan oleh mereka??
Borneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)