SANDAKAN : Ketua Umno Bahagian
Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya, menegas- kan sesiapa pun ada hak untuk melobi
menjadi calon, tambahan pula parti Umno tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN)
yang mengamalkan dasar demokrasi tetapi perlu diperingatkan bahawa jangan
sampai memburuk-burukkan dan mengaib individu tertentu.
Beliau kesal dengan
sesetengah pihak apabila cuba melontar bermacam-macam tohmahan sedangkan
perjuangan Umno adalah untuk menyatupadukan bangsa dan bukannya mengambil
kesempatan sehingga menjejaskan reputasi seseorang.
“Saya tahu sesetengah pihak
cuba mengaibkan saya termasuk menggunakan media sosial seperti Facebook dan
sebagainya. Tiada salahnya untuk melobi menjadi calon, tetapi jangan pula
sampai ke tahap memburuk-burukkan seseorang.
“Ini tidak baik sebenarnya
hanya membawa kehancuran kepada parti keramat ini. Saya beritahu rakan-rakan
saya, biarkanlah mereka. Yang penting saya jalankan tanggungjawab kepada parti
dan bekerja untuk rakyat sebagai wakil rakyat yang dipertanggungjawabkan,”
jelasnya.
Berucap pada Majlis Perasmian
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Batu Sapi 2012 di Dewan
Masyarakat Masyarakat di sini kelmarin, beliau berkata, tindakan sesetengah
pihak ini adalah untuk kepentingan diri dan sekali gus memperlihatkan
kepimpinan tiada halatuju perjuangan.
Ini katanya, mereka sanggup
mengaibkan seseorang semata-mata untuk memperjuangkan politik singkat sedangkan
senarionya berlaku di dalam parti.
Wakil rakyat Sekong itu mahu
rakyat di kawasan ini supaya tidak akan terpengaruh kerana apa yang
diperkatakan adalah berpaksikan kepada politik singkat semata-mata.
“Umno yang memperjuangkan
keikhlasan dalam perjuangan tidak akan membiarkan politik seperti ini. Ia
diibaratkan seperti ‘Duri dalam daging’ dan saya sebagai wakil rakyat tidak
tunduk dengan segala tohmahan kerana apa yang penting bagi saya ialah
kepentingan rakyat di kawasan Sekong dapat saya perjuangkan.
“Kalau kita asyik melayan
perkara remeh-temeh ini mungkin sukar untuk kita bekerja, padahal banyak lagi
kerja yang kita nak buat,” tambahnya sambil mengingatkan pihak-pihak tertentu
supaya berpolitik mengikut saluran yang betul dan bukan mengadu domba sehingga
mengaibkan seseorang.
Mengenai mesyuarat pergerakan
itu, Samsudin berkata peranan Wanita Umno sebagai sayap penting parti merupakan
penentu kepada kemenangan kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13
khususnya di kawasan Sekong.
Beliau bangga dengan tahap
kerjasama yang ditunjukkan pergerakan itu tambahan lagi kerapnya mereka turun
padang untuk meraih sokongan rakyat di peringkat akar umbi.
Sehubungan itu, beliau
menggesa supaya kekuatan sedia ada dipertingkatkan termasuk menjalin kerjasama
dengan rakan-rakan komponen BN sekali gus tidak akan memberi peluang kepada
mana-mana parti pembangkang yang menggugat kekuatan BN.
kerjasama dan perpaduan di kalangan parti2 komponen BN di sabah adalah kukuh..
ReplyDeletebiarlah pucuk pimpinan parti yang memilih calon..
ReplyDeleteIm sure najib will select the best choice to represent BN.
Deletepemimpin yang bersih dan amanah menjalankan tugasnya tentu akan disayangi rakyat
ReplyDeleteJika tau menjalankan tugas dan sentiasa berkhidmat untuk rakyat, pasti akan jadi pilihan rakyat.
Deletebiasalah dunia politik...
ReplyDeletetidak semua yang dilemparkan oleh sesetengah pihak itu benar
ReplyDeleterakyat kenalah berhati-hati dalam menilai parti yang dipilihnya
ReplyDeleteIni akan menentukan masa depan semua golongan.
Deletedan perlu bijak sebagai pengundi di PRU13 nanti
ReplyDeletesiapa pun boleh jadi calon.. tapi pilih calon yang benar2 baik.
ReplyDeletePemilihan calon amat penting untuk menyakinkan rakyat.
ReplyDeleteParti komponen harus bersefahaman dan memperjuangkan agenda yang sama.
ReplyDeleteHarus menumpu perhatian kepada perkara yang lebih penting dan mustahak khas kepentingan untuk rakyat.
ReplyDeleteIts all up to the leader to decide.
ReplyDeleteThe people know who they want.
ReplyDeleteTidak perlu guna taktik kotor untuk mendapat pencalonan.
ReplyDeleteeri pencalonan kepada pemimpin yang benar2 layak.
ReplyDeleteYup. lebih dicalon yang dipilih adalah calon yang terbaik.
DeleteAkhirnya tahu la siapa Datuk S.
ReplyDeleteyup.. tapi yang herannya boleh pula dia buat kenyataan di media.. kenapa tidak kena tangkap? tidak cukup bukti?
DeleteMelobi rasanya tidak ada salah. Kalau terpilih itu sudah nasib dialah tapi kalau tidak makna itu bukan rezeki dia sudah.
ReplyDeletecuma ada hak melobi saja la.. untuk jadi calon, belum tentu lagi..
ReplyDelete