GEMBIRA....
Penduduk Kg. Lakang Paitan Beluran bergambar bersama Peguam Datuk Kong Hong
Ming di luar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pagi kelmarin.
Oleh : GALUS AHTOI
AKHIRNYA, Tanah Adat (NCR)
penduduk Kg. Lakang, Paitan dalam Daerah Beluran 'mungkin' sah menjadi hak
milik mereka selepas menang di Mahkamah Tinggi Kota kinabalu pada 26 Ogos 2011
dan pagi kelmarin 23 Julai 2012, pihak perayu telah menarik diri daripada
merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di Mahkamah Rayuan. Pihak
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah juga tidak membuat rayuan.
Tahniah kepada seluruh warga
Kg. Lakang, Paitan, Beluran yang telah berjuang dan setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih kepada Peguam Pakar NCR, Datuk Kong Hong Ming yang senantiasa
membantu orang asal yang tertindas.
Tidak semua Orang Asal
berpeluang mempertahankan hak mereka ke atas tanah adat sehingga ke peringkat
Mahkamah. Dalam hal ini kerajaan sepatutnya menjalankan tanggungjawab mereka
untuk menjaga dan menghormati hak orang asal sepertimana yang sudah jelas
disebut dalam perundangan.
Bagaimanapun, sebelum ini Peguam
Pakar NCR yang mewakili penduduk kampung Imahit, Tenom baru-baru ini telah
dimaklumkan bahawa perbicaraan/pendengaran bagi kes Rayuan Pendakwaraya
(Kerajaan Sabah dan Persekutuan) lawan Penduduk Kg. Imahit, Tenom telah ditunda
ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Walaupun sudah lebih 100
orang penduduk kampung yang sudah berada di Kota Kinabalu yang datang sejak
awal pagi tadi untuk mendengar kes tersebut, namun atas sebab tertentu
perbicaraan berkenaan ditunda.
Senario seperti ini tidak
dapat dielakkan dalam proses tuntutan undang-undang demi mempertahankan hak mereka
terpaksa berulang alik ke mahkamah, walaupun hak tersebut sudah termaktub dalam
perundangan.
Mereka semua merayu agar
rakyat Sabah berjuang bersama mereka menyelamatkan Tanah Adat (NCR) dengan
mendesak Kerajaan Negeri segera menubuhkan 'Tribunal Tanah' bagi 'Penjenayah
Tanah Adat'.
harap tribunal tanah adat akan ditubuhkan segera untuk menyelesaikan isu2 tanah NCR di sabah..
ReplyDeleteYes, the Tribunal should take place to resolve the NCR matter.
DeleteKerajaan harus mencari jalan untuk melindungi hak milik tanah agar tidak dirampas tanpa dikesan.
DeleteBaguslah. Ini bermakna keadilan itu tetap ada walau diri terasa dibebani dengan 1001 masalah.
ReplyDeleteSemoga kemelut penduduk asal sabah berhubung dengan tanah dapat ditanggani dengan baik dan pastikan juga Tribunal tanah dapat ditubuhkan.
ReplyDeleteIni juga kerajaan harus usahakan untuk melindungi hak milik penduduk.
Deletetahniah. hak2 penduduk mmg akan dilindungi.
ReplyDeleteharap kes2 yang lain jg akan memihak kepada penduduk.
ReplyDeleteJika benar, pasti keadilan akan memihak kepada pemilik juga.
DeleteMasih banyak lagi kes tanah NCR yang masih belum selesai. harap2 semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan penduduk dapat hak mereka seperti penduduk Kg. Lakang, Paitan.
ReplyDeleteTahniah kepada penduduk dan syabas kepada peguam yang telah membawa kemenangan ni.
ReplyDeleteSyabas mahkamah menentukan keputusan yang baik.
ReplyDeleteCongrat and hope more same cse will gain same result.
ReplyDeleteMahkamah membuat keputusan yang bijak.
ReplyDeleteHope the Tribunal success to safeguard the people property.
ReplyDeleteIsu tanah masih banyak perlu diusahakan supaya hak milik juga terjamin.
ReplyDeleteMasih banyak lagi isu tanah NCR yang perlu diberi perhatian.
DeleteTahniah pada mereka yang menang kes NCR
ReplyDeleteTahniah..Semamgnya mahkamah adil kepada mereka yang benar.
ReplyDelete