Wednesday 18 July 2012

USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP MUSA AMAN DITOLAK




ADUN Sri Tanjong Jimmy Wong tidak puashati dengan keputusan speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menolak usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Dalam dalam satu kenyataan akhbar semalam, Wong berkata tiada sebab diberikan oleh speaker untuk menolak usul tersebut.

"Ini telah merosakkan semangat demokrasi. Rakyat ada hak untuk mengetahuinya," kata Wong.

Usul Wong dibuat berdasarkan laporan yang mendakwa Musa dikaitkan dalam satu Skandal Pengubahan Wang Haram di Hong Kong.

Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap Musa berhubung dakwaan pengubahan wang haram AS$ 90 juta (RM276 juta) dalam sogokan balak melalui akaun di bank UBS Switzerland di wilayah itu dan juga di Switzerland.

Lamanweb Sarawak Report yang berpangkalan di London mendakwa memiliki dokumen yang menunjukkan bahawa pihak berkuasa Malaysia enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Hong Kong.


No comments:

Post a Comment