Saudara Pengarang.
KAMI penduduk Labuan mengucap
syabas kepada Presiden Labuan Consumer Movement Council, Fauziah Datuk Mohd Din
(gambar bawah) yang berani membangkitkan isu Pelacuran berlesen (GRO) yang semakin banyak di
pulau kecil ini dalam sebuah akhabar tempatan pada 10 Julai lalu.
Dalam kenyataannya, Fauziah
mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana untuk menjaga imej
labuan sebagai sebuah pulau bebas cukai, IOFC dan Oil & Gas status.
Labuan kini boleh dikatakan
sudah hampir dikenali sebagai 'Pulau Maksiat dan Little Genting'. Kami sebagai
warganegara Malaysia dan pengundi setia BN amat kecewa kerana selama ini tiada
pun seorang YB (BN) yang berani membawa perkara tersebut ke parliamen.
Malah Ahli Parlimen Labuan,
Datuk Yusof Mahal turut membela pelacur berlesen ini dan mengunci mulut ketika
diminta membawa isu ini ke parlimen kerana sering kelihatan bersama 'Taukeh
Lendir' ini.
Apatah lagi tiada usaha untuk
membatalkan begitu banyak permit pelayan di karaoke dan pub demi menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh penduduk Labuan kerana institusi keluarga di Labuan runtuh
disebabkan suami/bapa mereka menghabiskan gaji di karaoke dan menyimpan pelacur
berlesen.
Kami perlu seorang tokoh seperti
Fauziah menjadi Wakil Rakyat Labuan dan bukan seorang YB yang sapu semua
masalah yang dihadapi oleh rakyat ke bawah karpet, termasuk hubungan
terlarangnya dengan seorang staf bank di Labuan.
Kami panggil wanita pelayan
Filipina di karaoke 'Pelacur Berlesen' kerana apabila sesiapa yang masuk ke pub
atau karaoke, berpuluh Pelayan(GRO) akan baris di hadapan kamu untuk dipilih
dan hanya bayar RM250 - RM350 terus boleh bawa ke hotel.
Jika kita kenal pengurus
karaoke itu mereka juga boleh atur teksi atau kenderaan tauke pub bersama Mummy
(ibu ayam) hantar GRO ke hotel untuk dipilih dan bayar di hotel. Macam mana
kita tidak kategorikan perempuan Filipina ini pelacur berlesen?
Kita lihat yang bekerja
sebagai pelayan di semua pusat hiburan ialah lelaki Filipina dan hanya Kapten sahaja
orang tempatan. Kami dapat maklumat dan kasihan kerana ada juga wanita Filipina
di bawah umur atau ada yang ditipu oleh sindiket ke Labuan dan dipaksa bekerja
di karaoke dan pub menjadi Pelacur.
Perempuan Filipina yang baru
sampai yang dipaksa dan masih degil akan dikurung selepas kerja. Perempuan yang
ditipu ke Labuan tidak dapat buat apa-apa kerana mereka tahu ada pihak berkuasa
yang melindungi tauke sindiket.
Insaflah dari sekarang
sesiapa yang bersubahat atau mendalangi kegiatan haram ini dengan sindiket
pelacuran. Tuhan ada CCTV 24 jam. Nanti keturunan kamu juga akan juga
menghadapi hal seperti ini yang kamu buat terhadap anak perempuan orang.
Melalui Sabahkini.net, kami
ingin bertanya Menteri yang meluluskan permit pelayan di Labuan. Adakah salah
jika kita panggil mereka 'Pelacur Berlesen'?. Tahukah Menteri yang meluluskan
permit pelayan bahawa permit tersebut telah di salahgunakan oleh taukeh pusat
hiburan?.
Adakah pihak berkuasa
seperti Immigresen dan Polis tahu perkara yang kami bongkarkan di sini?
Bukankah taukeh pusat hiburan menjalankan kegiatan maksiat? Setiap kali ada
serbuan, semua pusat hiburan telah dimaklumkan awal oleh pihak berkuasa
tempatan dan semua perempuan pun tidak turun kerja.
Kita tahu siapa pihak
berkuasa yang membocor maklumat serbuan kepada pusat hiburan, pusat urut dan
premis mesin judi haram. Belum tiba masanya kita dedahkan siapa pegawai yang
membocorkan maklumat serbuan. Kita akan dedahkan nama pegawai yamg membocorkan
maklumat serbuan atau menjaga premis pada masa terdekat ini jika mereka tidak
insaf lagi.
Kami berharap agar Jabatan Agama
Wilayah Persekutuan (JAWI) akan bersama Pegawai Bukit Aman, SPRM dan Rela membuat
serbuan senyap terhadap pusat hiburan dan premis judi tanpa bantuan dari pihak
berkuasa tempatan kerana ibarat 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.
Kami harap pegawai JAWI juga
buat serbuan ke hotel budget and hotel 5 bintang kerana ramai yang bawa pelacur
(GRO) ke hotel pada tengah malam. Pegawai JAWI cuma rehat di lobi atau luar
hotel dan tidak payah dapat info dari orang awam untuk serbuan seperti operasi
di Selangor, Johor dan Penang.
Mesin judi haram dan pelacur
kini semakin menjadi jadi di pulau ini dan semua pihak berkuasa tempatan memang
berada di dalam PAYROLL sindiket judi dan taukeh pelacuran.
Kami akan berusaha
mendapatkan lebih banyak maklumat dan bukti untuk mendedahkan lokasi premis mesin
judi haram dan pusat hiburan yang paling banyak pelacur berlesen, termasuk nama
tauke judi dan tauke bapa ayam dalam masa terdekat ini.
Kita terpaksa salurkan
maklumat kepada Sabahkini.net untnk disiarkan kepada umum supaya Pegawai atasan
boleh tahu cerita sebenar yang berlaku di Labuan kerana pegawai pihak berkuasa
tempatan kata mereka tidak boleh ambil tindakan terhadap karaoke dan pub kerana
ada permit GRO yang diluluskan oleh kerajaan.
Manakala mesin judi haram pula
mendapat suaka daripada pihak atasan Bukit Aman yang memberi lampu hijau kepada
sindiket judi untnk beroperasi. Benar atau tidak kita tunggu apa tindakan
selepas kami dedahkan di Sabahkini.net dan suratkhabar selepas ini.
Kami berharap pegawai
Immigresen, Polis dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan yang tidak termasuk di dalam
payroll sindiket akan bertindak segera dan menutup semua premis yang
menjalankan kegiatan maksiat dan judi haram sebelum kita dedahkan nama pegawai
yang menjaga dan berada di dalam payroll sindiket pada artikal yang akan
datang.
Wahai orang Labuan! INI KALI
LAH! Demi untuk kebaikan generasi muda, anda tahulah apa harus dipangkah (X) pada
PRU13 jika tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan BN berhubung isu
penting ini.
Sekian, Salam hormat.
KUMPULAN PENCARI KEBENARAN
LABUAN (KPKL)
pihak berkuasa Labuan harus banteras aktiviti2 tersebut.
ReplyDeleteDitangani masalah tu dengan tegas
DeleteMemalukan jika Labuan semakin lama dikenali sebagai tempat pelacuran.
ReplyDeletedan yang paling malu sekali ialah pihak berkuasa dan juga para wakil rakyat di wilayah itu..
DeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
Kes ini masih belum ada kepastian lagi.
ReplyDeleteLabuan sememangnya tepat yang terkenal dengan hiburan. Mungkin tidak hairan ada pihak yang mengambil kesempatan melakukan perniagaan sebegini.
ReplyDeletedisebabkan permintaan yang menggalakkan, bila tidak dapat buat secara halal, mereka akan buat secara haram.. masalah ini hanya boleh selesai jika ketuanya disumbatkan ke dalam penjara tanpa perlu ada rayuan atau ikat jamin..
DeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
Pasti ada human trafficking di Labuan.
ReplyDeletekalau ada human trafficking, mesti sudah ada laporan polis.. jika ada laporan polis, mesti sudah ada tindakan.. bila sudah ada tindakan, tidak ada pula media2 bebas seperti Sabahkini laporkan kepada orang awam..
DeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
kewujudan gejala sosial seperti pelacuran di wilayah itu adalah atas faktor permintaan yang menggalakkan dikalangan penduduk Labuan sendiri.. menuding jari kepada satu pihak tidak akan menyelesaikan masalah ini melainkan penduduk tempatan yang melanggan pelacur ini juga dikenakan tindakan tegas dan dalam masa yang sama mendedahkan wajah2 mereka di media sabahkini..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
Setuju
DeleteSetuju
DeleteSila letak semua pegawai jawi di serata hotel x kira murah atau mahal utk penangkapan maksiat setiap hari utk elak dri labuan di gelaran the sin city of malaysia.
ReplyDeleteSila letak semua pegawai jawi di serata hotel x kira murah atau mahal utk penangkapan maksiat setiap hari utk elak dri labuan di gelaran the sin city of malaysia.
ReplyDelete