Tuesday 19 April 2011

RAKYAT SABAH PERLU TOLAK BN DEMI SABAH



Suadara Pengarang,

SABAH telahpun menjadi wilayah jajahan Malaya sejak 41 tahun sejak berakhirnya tempoh berkuasa British di Sabah pada tahun 1970 seperti yang dipersetujui oleh pihak British dan pemimpin kemerdekaan Sabah seperti Tun Fuad, G.S.Sundang dan Tun Mustapha sehingga perjanjian pembentukan Malaysia melalui memorandum 20 perkara dimaterai.

Autonomi dan kekayaan Sabah telah mula dicanang oleh pemimpin Malaya pada masa Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Razak Bin Hussein dan Tun Mahathir bermula 1969. Penubuhan syarikat petronas itu telah ditentang hebat oleh pemimpin kemerdekaan sabah seperti Tun Fuad, GS. Sundang dan Tun Mustapha kerana pengambilan autonomi sabah dan kekayaan negeri sabah boleh memudaratkan serta merugikan rakyat tempatan. Syarikat Petronas kini diterajui oleh anak Tun Mahathir sebagai pengarah syarikat tersebut.

Proses pembentukan Malaysia hari ini sudah tidak bermakna lagi dalam pandangan pihak British dan PBB yang telah menjadi saksi kepada proses pembentukan Malaysia yang disifatkan oleh mereka sudah melanggar hak-hak kemanusiaan dan melakukan jenayah ekonomi. Maka saya menyeru kepada semua rakyat sabah supaya berhenti memberikan sokongan kepada Barisan National dan UMNO untuk menyelamatkan autonomi dan kepentingan rakyat sabah.

Penjelasan Tengku Razaleigh Hamzah tentang keputusan perbincangan royalti minyak pada tahun 1974 yang dihadiri oleh Tun Fuad adalah satu pembohongan besar beliau kepada rakyat sabah yang mengatakan bahawa Tun Fuad telah bersetuju.

Di dalam penyelidikan saya, Tun Fuad dan Tun Mustapha tidak bersetuju dalam rundingan itu kerana merugikan rakyat Sabah, oleh itu Tun Fuad tidak menandatangani keputusan itu, tetapi Ketua Menteri Sarawak bersetuju tetapi akhirnya beliau juga menyesal dan ingin menarik diri dalam rundingan itu tetapi pusat telah memecat beliau.

Saya mempunyai satu bukti bahawa Tun Fuad tidak bersetuju dan tidak menandatangani rundingan royalti minyak itu iaitu ketika rundingan di Labuan, beliau tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan Petronas.

Kerajaan Kelantan mempunyai pengetahuan tentang matlamat Tun Fuad setelah beliau menolak rundingan perjanjian menandatangani isi royalti minyak yang memberikan Sabah dan Sarawak hanya 5% sahaja. Setelah beberapa minggu Tun Fuad meninggal dunia, syarikat petronas dengan sendirinya membayar royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak hanya 5% sahaja sehingga ke hari ini.

Pemimpin tempatan Sabah begitu bodoh dan tamak kuasa sehingga sanggup menipu rakyatnya sendiri untuk kepentingan peribadi semata-mata. Parti-parti tempatan Sabah seperti PBS, UPKO, LDP dan PBRS harus bertanggungjawab terhadap segala masalah yang berlaku di Sabah hari ini.

Saya turut kesal apa yang berlaku kebelakangan ini tentang isu Mohd. Akjan yang menggelarkan diri beliau sebagai Sultan Sulu. Isu ini tidak harus terjadi di Sabah kerana tuntutan Sultan Sulu daripada Filipina pada 1946 telahpun dimansuhkan oleh pihak British pada tahun 1959 dan sebarang tuntutan selepas itu tidak lagi berguna.

Jadi saya ingin menasihatkan kepada Mohd. Akjan supaya bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat tempatan sabah kerana beliau selamat tinggal di sini tanpa sebarang masalah dan tindakan beliau mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu di Sabah adalah satu penghinaan kepada rakyat tempatan Sabah dan beliau harus di ambil tindakan dengan tegas dan melucutkan kerakyatan beliau dan hantar pulang ke negara asal beliau agar semua pihak merasa gembira dan etnik Tausug (Suluk) yang berada di Sabah juga tidak merasa terganggu.

Perjuangan saya adalah menuntut hak-hak sabah termasuk kekayaan yang seharusnya dinikmati oleh rakyat tempatan Sabah. Saya turut menggesa dan mencabar Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, supaya membawa memorandum yang saya hantar melalui facebook beliau agar perkara itu dibuka ke muka pengadilan antarabangsa untuk menentukan siapa yang seharusnya layak menikmati kekayaan Sabah dan kelayakan mereka terus mentadbir sabah.

Perkara ini harus dibuat secara gentlemen dan harus diperjelaskan secara terbuka kepada rakyat tempatan Sabah dan jangan bersembunyi di sebalik ISA untuk menyembunyikan ketakutan mereka terhadap penindasan mereka terhadap ekonomi Sabah.

Pentadbiran pusat di Sabah banyak mendatangkan bahaya dan diskriminasi terhadap penduduk tempatan Sabah. Hari ini rakyat Sabah harus berfikir dan berpijak di bumi nyata untuk menyelamatkan generasi akan datang dan anak-anak muda kita hari ini.

Jangan fikir takut kehilangan kerja atau keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak pusat yang hanya memerangkap kita semua. Kita tidak takut jika pusat menyekat kewangan di Sabah, kerana dunia sedang memperhatikan setiap kesusahan yang kita alami.

Rakyat Sabah berbilang kaum, bukan Islam dan Islam harus bersatu untuk berjuang bersama rakyat dan janganlah terus menjadi bodoh seperti kerbau yang dicucuk hidung dan diarahkan ke sana sini oleh pihak pusat. Pemimpin tempatan jangan terlalu taksub dengan kuasa dan pangkat sedangkan rakyat yang menjadikan mereka sebagai pemimpin ditipu dan tidak dihormati pandangan mereka serta mengkhianati mandat yang mereka berikan.

Saya boleh katakan bahawa negara kita ini bukanlah sebuah negara demokrasi seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, tetapi sebuah Negara kuku besi yang penuh dengan rasuah.

Saya boleh berikan beberapa bukti bahawa Negara kita ini bukan demokrasi iaitu media massa, media elektronik, kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang terutamanya di Sabah.

Sebagai rakyat tempatan Sabah, saya memberikan nasihat kepada semua orang yang tinggal di negeri Sabah walau apa juga jenis bangsa dan budaya kita supaya menolak UMNO yang berasal daripada Malaya dan komponennya Barisan Nasional (BN) kerana mereka itu hanyalah mahukan kekayaan kita sahaja dan tidak memberikan keuntungan kepada kita.

Salam Hormat,

JOSEPH WILFRED

No comments:

Post a Comment