Thursday, 21 April 2011

LDP HASUT CINA TOLAK BN?



Oleh: MARSANAN MARSADAN

KELICIKAN politik bekas pemimpin kanan LDP, Datuk Peter Pang menempelak hebat kenyataan bekas bossnya, Datuk Chin Su Phin berhubung analisisnya bahawa kepercayaan pengundi masyarakat Cina terhadap BN telah pudar sepertimana telah terbukti pada PRN ke-10 Sarawak baru-baru ini.

Apa yang dapat diamati berhubung kenyataan Peter Pang itu dapat disimpulkan bahawa Pang seakan-akan dalam keadaan tertekan dan serba salah jika tidak melakukan tindak balas kenyataan Chin itu.

Lagi pun, beliau (Pang) perlu meyakinkan BN dan Parti Gerakan sebuah Parti Semenanjung tempat baginya mendapat suaka politik untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kabinet Sabah meskipun beliau terpaksa melupakan jasa dan budi LDP yang pernah menonjol dan mengangkatnya ke arena politik Sabah suatu ketika dulu.

Kelibat dan sikap Peter Pang yang sanggup meludah kepimpinan LDP serta para pengundinya di DUN Karamunting hanya kerana semata-mata pentingkan kebendaan dan jawatannya yang boleh diibaratkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’.

Apakah Pang sudah terus melupakan jasa LDP kepadanya? Siapakah Pang hari ini jikalau bukan LDP yang mengangkatnya ke dalam arena politik?

Mungkin juga kenyataan Pang itu bukan dibuat secara berseorangan dan bukanlah niat sebenar Pang untuk berbuat kenyataan sedemikian tetapi lebih tepat lagi jika Pang disifatkan mungkin telah dipergunakan oleh pihak tertentu umpama perkakas ‘pelancar roket pemusnah kepada sasarannya’ khususnya mereka yang lebih marah kepada pemimpin LDP.

Berhubung dengan kenyataan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin sebelum ini bahawa keputusan PRN ke-10 Sarawak telah menyaksikan undi masyarakat Cina lebih condong kepada pembangkang seperti DAP sekaligus memusnahkan kekuatan SUPP sebagai parti mewakili masyarakat Cina.

Justeru, kebimbangan Chin bahawa trend pengundi di Sarawak kemungkinan akan berlaku di Sabah pada PRU13 jika BN Sabah masih terus menerus mengamalkan corak pentadbiran yang kotor dan pilih kasih.

Sebaliknya, Chin bimbang gelagat songsang yang diamalkan UMNO-BN Sabah yang memberi ruang kepada Parti Gerakan yang berasal dari Semenanjung mendapat tempat dalam kabinet Sabah bersama UMNO akan dijadikan modal politik pembangkang untuk meraih sokongan daripada pengundi Cina pada PRU13 kelak.

Melihat kepada kenyataan Chin sebelum ini hanya meluahkan rasa kebimbangannya terhadap pengundi Cina akan mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka di Sarawak dan pendapat Chin itu telah disalah tafsirkan Datuk Peter Pang pada pengertian di sebaliknya.

No comments:

Post a Comment