Thursday, 21 April 2011

PENDUDUK QUOIN HILL KECEWA, ADUN ALPA



Saudara Pengarang,

PERUNTUKAN demi peruntukan projek diberikan pada kampung Quoin Hill, Tawau, tetapi tiada yang yang sempurna; seperti bekalan air graviti, dewan masyarakat, sekolah agama rakyat, jalanraya kampung dan sebagainya seperti huraian di bawah.

1. Bekalan Air Graviti

Paip air yang disalurkan dari mata air ke rumah-rumah menggunakan paip (pvc) ada sesetengah yang sampai ada yang tidak. projek ini telah beberapa kali dijalankan tetapi tidak pernah sempurna. Laporan di pejabat Umno Tawau mengatakan bahawa projek ini telah siap sepenuhnya. Walhal masih banyak cacat celanya. Ke mana perginya peruntukan yang di salurkan melalui Datuk Syed Abas berjumlah RM 90,000?

2. Dewan Masyarakat Kampung Quoin Hill

Dewan ini tidak diselenggara dengan baik. Projek pembinaan dewan ini telah siap tapi tidak ada sistem perparitan, tidak ada pancuran air hujan, tangki rosak dan bocor serta tidak terurus. Maklumat yang diterima peruntukan sejumlah RM 5,000 telah dikeluarkan, tapi tidak tahu ke mana perginya wang tersebut sedangkan dewan ini digunakan penduduk kampung untuk pelbagai aktiviti.

3. Sekolah Agama Rakyat.

Maklumat yang diterima peruntukan sejumlah RM45,000 telah dikeluarkan tetapi kerja-kerja yang dibuat ke atas sekolah tersebut hanya sekadar;

i) Pagar Kelas Rejek

ii) Tandas

iii) 4 keping atap zink

Inikah nilai sebenar peruntukan yang disalurkan untuk menyenggara sekolah agama rakyat untuk penduduk kampung. Siapa ‘telan’ baki wang peruntukan selebihnya?

4. Jalan Raya Kampung

Sudah tiga kali pilihanraya, permintaan dibuat dan wakil rakyat terus memperbaharui janji palsu. Maklumat diterima peruntukan diberi hanya RM10,000, tetapi tiada apa-apa yang di lakukan. Sampai bila kami harus menunggu?

Kami penduduk kampung Quoin Hill sangat berharap ada pihak seperti ‘Aduan Rakyat’ datang melihat sendiri keadaan kampung kami. Kami boleh tunjukkan tempat dan bukti berkenaan permasalahan kami. Jumpa saja mana-mana penduduk kampung Quoin Hill kecuali ‘Three Stooges’ ini iaitu;

i) Ambo Paulai – Ketua Anak Negeri

ii) Kadir Parinta – Pengerusi JKKK Quoin Hill yang bekerja di Pejabat Pertanian Quoin Hill dan tidak pernah mengambil tahu hal dan permasalahan kampung dan penduduknya.

iii) Lausu Ham – Ketua Kampung yang bukan di pilih oleh penduduk asal kampung Quoin Hill. Beliau sendiri tidak tinggal di kampung Quoin Hill tetapi dilantik menjadi Ketua Kampung atas dasar politik dan bukannya pilihan penduduk kampung sendiri.

Sehubungan itu, kami penduduk Kampung Quoin Hill berharap supaya mereka yang bertanggungjawab turun padang seperti yang telah diamanatkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Wakil rakyat yang bertanggungjawab wajib ambil tahu permasalahan penduduk kampung dan jangan mempersendakan cogankata 1Malaysia, ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Salam Hormat,

PENDUDUK KECEWA

No comments:

Post a Comment