Thursday, 21 April 2011

TIBA MASANYA LDP TINGGALKAN BN


SERASI....Yakub (Kanan) bersama Naib Presiden UMNO.

Oleh: MUTALIB M.D

UMNO Sepanggar mencabar Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Shu Pin mendesak Presiden Partinya meninggalkan Barisan Nasional jika yakin boleh memenangi pilihanraya akan datang tanpa bantuan komponen BN yang lain.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Yakub Khan ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan bahawa kenyataan terbuka Chin seperti yang disiarkan di akhbar tempatan Sabah kelmarin amat mengguris hati semua ahli komponen BN termasuk UMNO Sabah.

“Chin tidak patut memalukan Gagasan BN dengan mengatakan Perdana Menteri gagal menukarkan pucuk pimpinan BN Sabah (Musa Aman) dan BN Sarawak (Taib Mahmud yang dikatakan menjadi punca BN kehilangan 12 kerusi kepada DAP dalam pilihan umum Sarawak dan bimbang sindrom ini akan menjangkiti Sabah,” ujar Yakub yang meminta Presiden LDP menyatakan pendiriannya sama ada kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi Chin atau LDP secara kolektif.

Yakub meminta Chin mencermin diri kerana selama ini LDP hanya hidup dengan ehsan BN yang mengarahkan para pengundinya mengundi LDP sekalipun DUN yang diberikan kepada LDP adalah majoriti bumiputera dan bukannya dominan Cina.

“Sejak bila LDP mewakili masyarakat Cina dan siapa yang lantik Chin untuk bersuara bagi masyarakat Cina?,” tanya Yakub yang meyakini kenyataan Chin dibuat bagi melampiaskan dendamnya terhadap Musa Aman setelah semua projek NKRA yang telah diluluskan kepada syarikatnya dibatalkan Kementerian Kewangan Malaysia.

Yakub menambahkata, Taib Mahmud tidak wajar dipersalahkan akibat kehilangan banyak kerusi di kawasan bandar kerana partinya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan mencipta rekod 100 peratus kerana memenangi kesemua 35 kerusi yang diperuntukan kepada PBB.

Sehubungan itu, Yakub keliru dengan kenyataan tidak berasas Chin bahawa rakyat Sarawak dan Sabah di sekitar bandar tidak gembira dengan layanan BN terutama Musa Aman.

“Jika LDP berperangai seperti pembangkang, lebih baik mereka menyertai Gagasan Pembangkang kerana kehadiran mereka di dalam BN seperti gunting dalam lipatan hanya menjadi pengkhianat kepada rakyat,” ujar Yakub lagi.

Tegas Yakub, semua parti komponen BN, termasuk LDP wajar melakukan post mortem kerana perkembangan internet telah mengubah rentak dan landskap politik Malaysia, terutama mengakibatkan Tsunami politik Malaysia, sedangkan parti komponen BN saling menuding jari antara satu sama lain tanpa memperkukuhkan kerjasama erat bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Perkembangan politik dunia, kata Yakub harus diseimbangkan dengan menguasai dunia internet sedangkan selama ini parti politik BN dan kerajaan Malaysia lebih menumpukan kepada media cetak dan TV sedangkan majoriti masyarakat kelas menengah Malaysia yang menjadi faktor penentu dan mempengaruhi sesuatu keputusan pilihanraya, lebih berminat membaca internet.

Ada wajarnya, kata Yakub, BN menumpukan usaha untuk menjinakkan pengundi Cina di kawasan bandar dengan menguasai bidang IT kerana trend ini semakin digemari dan mesra pengundi sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang.

1 comment:

  1. UMNO begitu angkuh dan sombong dengan mencabar LDP keluar dari BN.Belum terjumpa satu parti di Negara ini yang bersikap seperti UMNO.Jangan lah UMNO terlampau besar kepala kerana perbuatan tersebut sangat dibenci olih rakyat Sabah.Ingat pepatah ini 'the higher you go the harder you fall' jadi berhati hati lah sebelum mengeluarkan kata kata.

    ReplyDelete