Thursday 21 April 2011

ULAR LIDI MAHU MENELAN NAGA?



Saudara Pengarang,

ARTIKEL ‘Altimatum Buat Presiden Umno’ bahawa 14 cawangan UMNO Labuan akan dibubarkan untuk menyokong Pembangkang pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Suhaili Abdul Rahman masih digantung sebagai Ketua UMNO Labuan oleh Arif Bin Buang adalah keterlaluan; kerana baru ada 14 cawangan, sudah berani gertak Presiden Umno, seperti ular lidi mahu menelan naga?

Kami tidak tahu sama ada kenyataan Arif dibuat atas kapasitinya sebagai Ketua Cawangan atau mewakili 14 Ketua Cawangan atau pandangan peribadi beliau sendiri kerana semasa Datuk Suhaili menjadi Wakil Rakyat, mungkin beliau salah seorang yang berjaya kerana mendapat habuan bersama rakannya, Cina daripada Sarawak.

Tetapi sebenarnya Labuan maju kerana ‘Oil and Gas’ bukan kerana siapa jadi wakil rakyat baik Datuk Suhaili atau Datuk Yusof Mahal sekarang.

Kami bukan menyebelahi sesiapa, cuma berharap jika 14 cawangan begitu yakin Datuk Suhaili boleh menang dalam pilihanraya umum akan datang, sebaiknya beliau berdiri sebagai calon bebas atau menubuhkan parti lain untuk menentang calon Barisan Nasional disebabkan kami benci logo PAS, PKR atau DAP kerana dua kali lima dengan UMNO atau BN.

Kami berharap agar Datuk Suhaili menyatakan pendirian dan pandangan beliau berhubung desakan 14 cawangan UMNO yang kononnya sanggup ‘timbul tenggelam’ bersama beliau atau sekadar mengipas beliau untuk melakukan penderhakaan terhadap UMNO. Apakah beliau terlibat sama memasang mancis ketika gas dibuka 14 Ketua Cawangan yang pro beliau?

Salam Hormat.

HJ.LAMIT & PETER LAU.

No comments:

Post a Comment