Tuesday 24 January 2012

150 ORANG KELUAR UMNO DI SABAH

BERITA terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah.

Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak.

Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib yang menguasai kerajaan persekutuan.

Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal.

Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang.

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan.

No comments:

Post a Comment