Thursday, 26 January 2012

KELAB TAAT SUAMI SEMAKIN GLAMOR!

Oleh : SYED MU’AZ SYED PUTRA

WALAUPUN kerajaan mengharamkan terbitan buku panduan seks namun Kelab Taat Suami yang mempunyai keahlian seramai 2,000 orang percaya kelab itu akan terus mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia, Fauziah Ariffin, pengharaman buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” tidak akan menyekat sambutan orang ramai.

Beliau juga berkata pihaknya akur dengan pengharaman dibuat Kementerian Dalam Negeri itu menambah rakyat akan “menilai mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Buku itu sudah diwartakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi kita tidak terbitkan lagi namun orang ramai beranggapan ia sangat berguna kepada perkahwinan mereka kerana buku itu memberi makna yang besar.

“Kami tidak mahu timbulkan kontroversi, kita tidak mahu timbulkan masalah dan kita akan membiarkan masyarakat menilai mana yang baik, mana yang buruk,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara.

Jelas Fauziah, komuniti Islam atau pasangan suami isteri masih boleh mendapat kaunseling dari pihaknya walaupun buku panduan seks itu tidak lagi diterbitkan.

“Kalau mereka rasa ia (buku) baik, mereka akan datang untuk mendapatkan kaunseling, maka kita terbuka untuk beri kaunseling kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, masih ramai komuniti Islam bertanyakan tentang buku panduan seks itu walaupun selepas ia diharamkan.

Fauziah berkata Kelab Taat Suami pimpinannya juga semakin mendapat sambutan selepas kontroversi yang berlaku.

“Saya katakan ya, kita memanng mendapat sambutan...memang orang kata setelah kerajaan menghalang apa yang kita lakukan tetapi sokongan semakin bertambah dan keahlian kita semakin ramai.

“Walaupun hanya 2,000 orang di Malaysia tapi ia adalah ukuran yang besar. Sebenarnya jumlah yang tidak menjadi ahli dan mendapatkan kaunseling daripada kita jumlahnya lebih besar,” katanya.

November lalu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami.

Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu. Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

9 comments:

  1. harap ni mendapat sambutan dan pandangan yang positif.

    ReplyDelete
  2. walaupun ia makin popular, buku ini tak harus wujud kerana ia tidak menggambarkan Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  3. Seriously?
    What happens in the bedroom between a husband and wife stays in the bedroom.

    ReplyDelete
  4. Wujud juga kelab macam ni di M'sia? Hmm.

    ReplyDelete
  5. perkara seperti ini sepatutnya tidak dibicarakan secara terbuka. kelab ni pelik semacam. memang patut diharamkan.

    ReplyDelete
  6. Benar semua itu akan dinilai oleh rakyat sendiri mengenai pengharaman buku itu.

    ReplyDelete
  7. ikutlah peraturan dan undang2 yang dibuat oleh kerajaan sedia ada.. mana2 yang tidak boleh tu, jangan buat..

    ReplyDelete
  8. jangan terlalu gairah mengaut keuntungan sehingga mengabaikan pandangan dan penerimaan pihak lain termasuk kerajaan..

    ReplyDelete