TINDAKAN sekumpulan 24 lelaki yang berjudi sabung ayam di kawasan tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan berakhir apabila mereka ditangkap dalam serbuan polis pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata serbuan hasil maklumat orang awam itu dilakukan pada pukul 5.10 petang di satu kawasan lapang berbumbung yang dijadikan gelanggang sabung ayam di kuarters Jabatan Kerja Raya.
Kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 60 tahun dan polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan judi itu, katanya di sini hari ini.
Antara peralatan yang dirampas itu adalah tujuh ekor ayam sabung dan sangkar, kerusi, meja, alat penimbang dan sebuah kamera. (BERNAMA)
Sabung ayam juga adalah salah satu bentuk perjudian. Salah disisi undang2.
ReplyDeletesabung adalah satu penindasan terhadap haiwan dan juga satu kegiatan judi.
ReplyDeleteDon't these lot have anything better to do? What a waste of poultry...
ReplyDeleteA job well done by the police force
ReplyDeleteYang tua-tua pun masih ligat mahu ikut main sabung?
ReplyDeletebanyak bentuk perjudian. kadang2 walaupun sedar salah di sisi undang2 juga agama tapi tetap juga buat sebab hobi, rasa seronok dan dapat wang.
ReplyDeleteMasih banyak lagi perjudian besar-besaran tanpa lesen beroperasi di sana sini. Maka harap pihak berkuasa akan teruskan usaha menangani isu perjudian ini.
ReplyDeletebiasanya judi seperti ini banyak terdapat dikawasan2 pedalaman.. kadangkala pihak berkuasa sukar untuk menjejaki pengamal judi ini kerana lokasi aktiviti mereka tersembunyi.. oleh itu, kerjasama orang ramai amat diperlukan dengan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa..
ReplyDelete