Tuesday 3 January 2012

PAS BINA SURAU DI PULAU SHANGHAI.



Oleh : KRANGKANG BATRUSI

PAS telah melahirkan komitmen untuk membina sebuah surau di Kg Shanghai bagi kegunaan masyarakat kampung yang amat memerlukan surau tersebut bagi tujuan ibadat dan aktiviti kemasyarakatan.

Bagi peringkat permulaan, PAS melalui Ketua Penerangannya Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man bersama AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Yang dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hj Hamzah Abdullah telah meletakkan batu asas bagi pembinaan surau tersebut.

Berucap sebelum meletakkan batu asas itu, Dato’ Tuan Ibrahim yang dalam rangka kerjanya ke Sabah melahirkan perasaan dukacita atas komitmen yang ditunjukkan oleh Umno-BN mentadbir dan menjaga kebajikan masyarakat di pulau ini.

“Di Pulau Api Api dan Pulau Tronglit ada surau, mengapa di pulau ini (Pulau Shanghai) tidak begitu? Di mana sensitiviti wakil rakyat di sini yang kononnya membela rakyat dan Islam?” soal Dato’ Tuan Ibrahim.

“Sungguh memalukan BN apabila Pengerusinya berkata mereka amat membela rakyat. Tapi apabila kami tiba di sini, kehidupan rakyat sangat menyedihkan dengan prasarana yang tidak lengkap ini. Rumah buruk, bekalan air bersih tiada, elektrik diabaikan dan macam-macam lagi kedaifan yang ditunjukkan di kampung ini. Ini amat bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri yang kononnya membela rakyat,” bidas beliau.

Di akhir majlis, penduduk kampung mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS yang sedia membela mereka dan menjadi parti pengganti kepada BN. Mereka juga melahirkan komitmen yang tinggi untuk menyokong PAS di Batu Sapi ini.

No comments:

Post a Comment