Saturday 21 January 2012

PENGAGEHAN BR1M DI SANDAKAN LANCAR



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : DAVID ONG

SERAMAI 963 orang pengundi kawasan Parlimen Sandakan yang membabitkan DUN Elopura dan Tanjung Papat yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan RM500 berjaya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) di Sandakan, kelmarin.

Pembahagian BR1M yang dijalankan di Dewan Masyarakat Sandakan bermula daripada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM48,150 melalui dua Bank iaitu CIMB dan BSN berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

Dua Wakil Rakyat Datuk Raymond Tan Tanjung Papat dan Au Kam Wah Elopura telah menyaksikan sendiri penyerahan bantuan tersebut kepada para pengundi mereka.

Dalam mesyuarat Majlis Penyerahan BR1M yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain dan dihadiri oleh semua wakil-wakil 6 DUN dan 3 Parlimen turut dihadir Ahli Parlimen Sandakan, Datuk VK Liew baru-baru ini

Dalam perbincangan lebih 3 jam itu, upacara pelancaran majlis penyerahan BR1M kan disulami dengan ucapan alu-aluan, sama ada daripada ADUN Tanjung Papat atau Elopura; namun disebabkan Dewan Masyarakat Sandakan penuh sesak, maka tiada ucapan dilakukan.

Sabahkini.Net yang berada di Dewan Masyarakat Sandakan tidak sempat menemui kedua-dua ADUN tersebut kerana kesibukan dan hanya sempat bertemu dengan dua orang petugas di situ yang menyatakan secara ringkas bahawa pembahagian yang dilakukan kelmarin fasa pertama ia memberi ruang kepada warga emas dahulu dan kemudian Fasa 2 dan ketiga untuk orang ramai yang telah diluluskan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Dalam tinjaun rambang, Sabahkini.Net sempat menemui beberapa penerima BR1M bahawa sistem yang diguna pakai oleh pejabat ADUN berkenaan paling kemas dan teratur dan tidak timbul sebarang konflik di kalangan penerima, terutama sekali golongan warga emas.

No comments:

Post a Comment