Tuesday 10 January 2012

SPRM SIASAT SKANDAL RASUAH LAJIM?



KEAKRABAN…..Apakah keakraban Najib menyembunyikan rahsia yang hanya diketahui oleh Lajim dan Najib berhubung Skandal Rasuah yang sedang disiasat SPRM?

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai telah menerima laporan rasmi dan membuka fail siasatan terhadap Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin berhubung Skandal Rasuah Water Front Kota Kinabalu.

Menurut maklumat dalaman SPRM, Lajim dipercayai telah menerima bagi pihak dirinya sejumlah bayaran bernilai lebih setengah juta daripada pemaju projek berkenaan setelah Kerajaan Negeri Sabah dan Mahkamah membatalkan projek berkenaan kerana tidak mematuhi peraturan alam sekitar.

“Wang tersebut sebagai upah bagi campurtangan Lajim yang cuba menyelesaikan kes berkenaan dan memburukkan Kerajaan Negeri Sabah serta melaksanakan agenda peribadi menentang kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman,” kata sumber itu lagi yang enggan mendedahkan nama Jutawan terlibat yang merasuah Lajim kerana bimbang akan mengganggu siasatan.

Sabahkini.net sebelum ini melaporkan Lajim akan memimpin Sabah People Front (SPF) sebelum muncul berucap di majlis anjuran pembangkang setelah mendapat maklumat namanya telah digugurkan sebagai calon UMNO bagi mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort.

Sebaliknya, Lajim membuat kenyataan terbuka bahawa ada pihak cuba membunuh karier politiknya, namun tidak menamakan siapa musuh politik tersebut; apatah lagi Sabahkini.net tidak mempunyai kepentingan untuk menjatuhkan Lajim disebabkan sejak sekian lama melaporkan segala aktiviti Lajim secara saksama.

Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Dato’ Abu Kassim Mohammad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan, tetapi Sabahkini.net percaya maklumat yang diperolehi daripada sumber dalaman adalah tepat dan berasas.

Sabahkini.net turut menerima beberapa panggilan telefon berunsur ugutan agar memadam berita berhubung Lajim terutama isu SAPP mempelawa Lajim menyertai mereka dan kenyataan beliau memimpin. Jika engkar, Lajim akan membuat laporan polis dan mengheret Sabahkini.net ke mahkamah; namun menjadi dasar Sabahkini.net hanya akan mengeluarkan artikel berkenaan setelah mendapat injunksi mahkamah.

15 comments:

  1. Saya sokong perkara ini disiasat, bolehlah kita membuktikan tuduhan ini betul ataupun salah.

    ReplyDelete
  2. Lajim tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa beliau akan mengikuti mana-mana parti buat masa ini.

    ReplyDelete
  3. tidak cukup dengan khabar angin tentang isu Lajim keluar parti, timbul lagi pula isu rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada orang yang mahu menjatuhkan Lajim.

      Delete
  4. Mungkin lepas ni akan muncul nama2 baru yang akan disiasat SPRM?

    ReplyDelete
  5. Lajim tidak habis2 dengan kontroversi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lajim kena bijak dalam menghadapi semua ini.

      Delete
  6. ada saja isu yang dimainkan dan dikaitkan dengan Lajim.

    ReplyDelete
  7. tunggu dan lihat sajalah..khabar angin ni bukan boleh pecaya sangat.

    ReplyDelete
  8. mmg cerita tentang lajim didengari, tapi ia belum tentu benar ke tidak.

    ReplyDelete
  9. Teruskan melakukan siasatan mengenai perkara ini. Kita semua mahu melihat sendiri benarkah ini kerja Lajim atau ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan beliau.

    ReplyDelete
  10. Itulah yang kita mahukan sekarang ini untuk mencari kebenaran dalam kes ini.

    ReplyDelete
  11. Sebaiknya biarlah SPRM menjalankan tugas mereka sehingga kebenaran diketahui. Tidak perlu membuat spekulasi yang akan lebih memburukkan keadaan. Sekiranya ada pihak2 yang sengaja meniup lagi khabar angin ni, rasanya dia mengambil kesempatan mengenai isu ni untuk mendapat publisiti murahan.

    ReplyDelete
  12. jika benar dakwaan bahawa Lajim terlibat dengan rasuah, apa pula respon pemimpin2 pembangkang yang sebelum ini beriya2 mahu Lajim menyertai parti mereka??

    ReplyDelete
  13. jika dakwaan ini tidak benar atau palsu semata2, lebih baik jika selepas ini undang2 Malaysia membenarkan pengadu juga disiasat.. kadang2 ada pihak yang suka buat laporan palsu semata2 untuk memenuhi kepentingan peribadi..

    ReplyDelete