Monday 9 January 2012

UBAH MENTALITI 'MAKAN GAJI'



DIHARGAI…Jamawi menerima cenderakenangan dari pegawai IKM Rashid Lob selepas menghadiri sesi taklimat tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

GOLONGAN Belia, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mesti berusaha mengubah tanggapan ibu bapa masing-masing yang menganggap kerjaya 'makan gaji' seperti pegawai kerajaan sebagai sasaran utama yang mesti dikejar selepas menamatkan pengajian.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, persepsi yang sejak sekian lama mendominasi pemikiran masyarakat terutamanya bangsa Melayu itu harus dipecahkan.

Perkara ini penting tegasnya, agar tekanan keluarga tidak menjadi penghalang untuk mereka menceburi bidang kemahiran, keusahawanan dan perniagaan.

Beliau menambah, kebanyakan ibubapa malah pelajar sendiri lebih menumpukan perhatian bagi mendapatkan pekerjaan dalam sektor kolar putih dan kurang dalam sektor kolar biru di mana pemikiran ini terus mengongkong dimana persepsi lama ini sebenarnya merugikan mereka.

"Pada pemikiran mereka hanya kerja makan gaji yang dapat menjamin kehidupan sementara bidang kemahiran dipenuhi dengan cabaran dan kegagalan, sedangkan segala-galanya bergantung kepada kesungguhan diri kita untuk menghadapinya," katanya ketika ditemui selepas mendengar sesi taklimat kemasukan ke Instiut Kemahiran Mara (IKM) di Pejabat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, kelmarin.

Sehubungan itu, Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom meminta golongan belia khususnya di daerah ini melihat bidang kemahiran sebagai pilihan terbaik untuk mereka membina masa depan yang lebih baik seiring dengan keperluan Negara yang memerlukan tenaga mahir dari kalangan anak tempatan yang akan menjadi pemacu kepda proses pembangunan Negara menjelang tahun 2020.

“Pelbagai jabatan serta Agensi kerajaan seperti IKM, Mardi dan lain-lain menyediakan pelbagai kursus dalam bidang kemahiran yang perlu dimanafaatkan oleh golongan belia untuk menimba ilmu pengetuhan dalam bidang yang mereka minati,” jelas Jamawi.

Tambah Jamawi, Ijazah dan ilmu di dada itu penting tetapi teori semata-mata itu perlu diperkukuhkan dengan kemahiran jika ini dimiliki peluang untuk bersaing bagi mendapatkan sebarang perkerjaan lebih menyerlah.

“Bidang kemahiran bukan sahaja memberikan ruang untuk golongan belia memperolehi ilmu serta pengetahuan, namun melalui kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pendawaian elektrik, pendingin hawa, senibina bangunan dan automotif memberi ruang kepada golongan muda untuk berusaha dan berdikari dalam bidang pernigaan sesuai dengan kemahiran yang mereka perolehi.

12 comments:

  1. Ini mentality yang kurang baik, seorang pekerja perlulah berusaha untuk menyerap pengalaman dan melakukan yang terbaik dalam tugas mereka.

    ReplyDelete
  2. Susah untuk maju ke hadapan ataupun berdaya saing jika mentality yang sama digunakan.

    ReplyDelete
  3. jangan terlalu mengharapkan makan gaji saja. Datang kerja hanya nak tunggu hujung bulan jak. Tidak menyumbangkan apa-apa pun dari segi produktiviti.

    ReplyDelete
  4. Kalau mampu, cuba berusaha untuk lebih berdikari dengan memceburi bidang perniagaan. Dapat juga menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negeri Sabah.

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan ibu bapa suru kerja dengan kerajaan supaya masa depan terjamin. Memang benar tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selagi ada usaha, walau apa pun kerja yang kita lakukan tentu akan berhasil. Yang penting bukan kerja haram sudahlah.

    ReplyDelete
  6. ya. jgnlah terlalu harapkan makan gaji, sebaiknya cubalah bergiat dalam perniagaan, biarlah kita yang mewujudkan peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  7. menceburi bidang perniagaan memang sangat lumayan berbanding dengan kerja makan gaji jika tahu menagatur strategi dan perancangan yang baik.

    ReplyDelete
  8. tanggapan dan mentaliti seperti ini memang masih kuat dalam masyarakat sekarang. kalau orang kampung nampak anak orang yang berkelulusan universiti atau kolej tidak kerja makan gaji di syarikat swasta atau kerajaan, banyaklah mulut mau bercakap dan menyibuk. saya pun pernah mengalami pengalaman seperti ini. harap2 di masa akan datang, dapat juga buka business sendiri.

    ReplyDelete
  9. Sana sini ada perluang untuk mendapat rezeki. Maka cubalah untuk mencaburi diri dalam pelbagai kursus yang memberi manfaat.

    ReplyDelete
  10. Persaingan ada disana sini. Maka jangan mudah putus asa untuk mencari pekerjaan atau mencaburi diri dalam perniagaan.

    ReplyDelete
  11. rasanya ibubapa hari ini lebih menggalakkan anak2 mereka bekerja sendiri atau memiliki kerjaya profesional..

    ReplyDelete
  12. pemuda UMNO perlu bantu belia2 ini untuk tidak sekadar berpuas hati dikedudukan 'makan gaji'.. bagi menggalakkan mereka untuk tidak 'makan gaji', saya rasa perlu ada pihak yang lebih dulu merintis jalan untuk mereka sekaligus menyediakan mereka platform untuk terus maju kehadapan..

    ReplyDelete