Tuesday 11 September 2012

36.95 GRAM SYABU DIRAMPAS DI LAHAD DATU




RAMPAS.....Antara syabu yang berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.

Oleh :  MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Polis telah menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas 36.95 gram dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM11,000 dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama seorang pegawai telah melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rasna Silam pada Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam itu, katanya, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga asing berumur 50 tahun dan merampas sebanyak 31.91 gram dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM8,000.

“Ketika serbuan, suspek yang menyedari kehadiran polis telah melarikan diri menuju ke ruang dapur sebelum bertindak mencampakkan sebuah beg silang ke luar tingkap dapur itu.

“Suspek yang ditahan sejurus selepas itu, kemudiannya dibawa ke lokasi di mana beg silang berwarna hitam itu dicampakkan. Pemeriksaan lanjut ke dalam beg itu telah menjumpai dua paket plastik lutsinar sederhana besar, 23 paket plastik kecil yang disimpan di dalam kotak kecil berwarna cokelat dan 11 paket kecil yang disimpan pada bekas gula-gula. Kesemua bahan disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada Selasa lalu, Shamsudin memberitahu polis turut merampas 5.04 gram syabu dan menahan dua lagi lelaki tempatan berusia 20 dan 26 tahun, kira-kira jam 10.30 malam di sebuah pondok yang terletak di kebun sawit Bangkarat Tungku.

Katanya, sebelum serbuan dilakukan pihak polis terlebih dahulu telah melakukan intipan hampir 10 minit terhadap kedua-dua suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan mereka, sebelum bertindak menyerbu pondok berkenaan.

“Kedua-dua mereka cuba melarikan diri semasa diserbu, bagaimanapun berjaya diberkas pihak polis,” katanya lagi sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. (UB)

6 comments:

  1. Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya mematahkan aktiviti dadah ini.

    ReplyDelete
  2. Orang Awam diminta untuk membantu memberikan lebih banyak maklumat mengenai perakra ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerjasama penting dalam banteras kegiatan ini.

      Delete
  3. Recently, The Marine Operations Force (MOF) in Tawau have foiled an attempt by an Indonesian man to smuggle in RM960,000 worth of syabu through the waters of Tawau to Pulau Sebatik.

    ReplyDelete
  4. Lahad Datu memang banyak warga asing samada PATI atau PADI.. merekalah yang banyak membawa masalah di daerah ini..

    ReplyDelete