Wednesday, 26 September 2012

JANJI ADUN KEDAMAIAN BERTIMBUN-TIMBUN




DAIF.....Sedaif Jambatan Gantung ini, Agnes menyifatkan daif lagi Wakil Rakyat Kedamaian yang tidak lagi mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat.

KOTA BELUD : Jika janji untuk membaiki Jambatan Gantung Kampung Melangkap Baru sejak empat tahun lalu belum ditepati, bagaimanakah bakal calon BN mahu memperbaharui janji-janji yang bertimbun sejak 1994?

"Slogan 'Janji Ditepati' mungkin tidak sesuai di sini kerana belum ada satu janji Wakil Rakyat yang ditepati. Jika jambatan sekecil ini pun kepayahan mahu dibaiki, apatah lagi mahu menunaikan janji yang tinggi menggunung dan bertimbun-timbun sejak PRU-1994 lagi?," tanya Pengerusi CLC SAPP N7 Kadamaian, Agnes Liewpin.

Janji ADUN Kedamaian, Herbert Timbun Lagadan untuk membaiki atau menaik taraf 'Jambatan Usang' ini bukan sahaja memalukan BN malah menyusahkan penduduk kampung yang terpaksa menggadai nyawa ketika melaluinya.

Walaupun penduduk kampung telah membuat aduan rasmi dan Pengerusi JKKK telah membuat permohonan, namun kata Agnes, setiap kali ditemui penduduk kampung, Herbert akan memberikan alasan 'Kerajaan Kehabisan Peruntukan' atau 'Peruntukan Belum Sampai'.

"Mungkin Herbert mahu menunggu ada 'korban jiwa' atau harta benda barulah mahu membaiki jambatan gantung berkenaan," kata Agnes dengan nada kesal dan simpati melihat penduduk kampung terpaksa bergotong-royong membaiki jambatan tersebut secara ala kadar mengikut kemampuan mereka.

Manakala Ketua Cawangan Penaja SAPP Melangkap, Daniel Kassim yang melakukan lawatan bersama Agnes baru-baru ini menegaskan bahawa jambatan gantung yang menghala ke kampung Kebayau Lama ini bukan sahaja daif, tetapi langsung tidak ekonomi dibaiki.

"Sabah sudah merdeka 49 tahun, tetapi jika Kerajaan BN hanya mampu memberikan atau membaiki jambatan gantung, maka tidak gunanya kita berkerajaan. Jambatan dan perhubungan di zaman Jepun lagi baik," kata Daniel dengan nada berseloroh.

Tegas Daniel, sudah tiba masanya kedua kampung terpencil berkenaan dihubungi dengan rangkaian jalanraya berturap dan jambatan konkrit, sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju Negara Maju 2020.

15 comments:

  1. This problem should be resolved immediately.

    ReplyDelete
  2. diharaplah sangat wakil rakyat, YB herbert agar turun padang untuk menyelesaikan masalah ini...jangan buat malu kepada BN sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, jangan sampai ini dipolitikkan nanti.

      Delete
  3. diharapkan juga bajet 2013 akan memberi sabah lebih banyak peruntukan agar masalah2 seperti ini akan dapat diselesaikan segera..

    ReplyDelete
  4. Hal sudah kena highlight harap ia dapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. Jangan biarkan hal ini pula jadi bahan untuk dipolitikkan. Bertindaklah segera demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  6. janji perlulah ditunaikan. Jangan biarkan janji terus dimainkan tapi janji dulu-dulu masih tidak terlaksana.

    ReplyDelete
  7. Apa yang pembangkang akan katakan lagi nanti akan perkara ini jika berterusan. Bukankah rakyat akan serik dan tidak akan menerima kerajaan BN lagi. Jadi Kerajaan BN perlu bertindak pantas menyelesaikan masalah sebegini.

    ReplyDelete
  8. jambatan tersebut begitu daif, ia perlu diperbaiki segera bagi kemudahan penduduk.

    ReplyDelete
  9. janji yang diberikan kepada rakyat haruslah ditunaikan.

    ReplyDelete
  10. janji yang diberi harus dipenuhi.

    ReplyDelete
  11. keperluan rakyat harus sentiasa diberikan perhatian.

    ReplyDelete
  12. betulkah tidak ada satupun janji2 yang dipenuhi?? siapa yang bina jambatan itu dulu??

    ReplyDelete
  13. SAPP sepatutnya membantu penduduk kampung ini dengan berjumpa dengan pihak2 yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian.. bukannya menggunakan isu ini untuk kepentingan sapp sahaja..

    ReplyDelete
  14. sapp juga pernah membentuk kerajaan.. tapi adakan pemimpin2 sapp terutamanya YTL telah memenuhi semua janji2nya??

    ReplyDelete