Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Ahli
perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet
eksekutif kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia
tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan
perniagaan.
Menurut laporan The Star
hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan
mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.
“Syarikat saya hanya
menguruskan jet peribadi. Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi
perkara rahsia,” katanya dalam The Star.
Mohd Taufik merupakan
presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan
Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.
Beliau juga pengarah dalam
syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern
Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.
Anwar, sebelum ini,
dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang
lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.
Menurut pendedahan blog yang
memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu,
jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke
Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.
Malah, kehadiran Anwar ke
Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri
Ibrahim Menudin ke dalam PKR. (TMI)
No comments:
Post a Comment