KUALA LUMPUR : Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya ada peluang, beliau mahu
menggunakan jet eksekutif yang dipinjamkan kepadanya untuk kegunaan semasa
pilihan raya umum.
Katanya jet eksekutif yang
dinaikinya bersama pimpinan pembangkang lain baru-baru ini dari Terminal
SkyPark Subang ke Labuan, Sabah adalah atas persetujuan daripada seorang
kenalan.
Bagaimanapun Anwar tidak
mendedahkan pemilik pesawat berkenaan, sebaliknya menjelaskan bahawa semua
rekod mengenai jet tersebut boleh didapati daripada Jabatan Penerbangan Awam
(DCA).
"Saya tak ada masalah
(naik jet). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi khasnya ketika pilihan raya
umum," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Pendedahan gambar Anwar dan
beberapa pemimpin pakatan pembangkang yang lain menaiki jet tersebut
menimbulkan reaksi mengejut penyokong Barisan Nasional (BN), kerana menurut
mereka, pemimpin pakatan itu sebelum ini seringkali mendakwa pemimpin kerajaan
BN yang hidup mewah dan membazir.
Anwar mendakwa beliau
dihubungi lelaki itu (pemilik jet) untuk membantu perjalanannya dari Kuala
Lumpur ke Labuan dan Sabah dan beliau (Anwar) bersetuju.
"Saya semak jika wujud
unsur berkepentingan (pemilik jet) di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga
kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor...tapi tak ada," kata Anwar.
(Bernama)
No comments:
Post a Comment