Saudara Pengarang,
KEMUNCULAN Waris Mat Jenin di
Sabah, seperti Parti Bersatu Sabah dan Gerakan yang masing-masing memasang angan-angan
untuk mendapatkan 'hak atau royalti' bagi mewakili BN di kerusi Parlimen
Sepanggar dan DUN Likas; menjadikan politik Sabah mula membahang apabila
masing-masinmg mula melancarkan perang dingin.
Tanpa angin, tanpa ribut,
Pengerusi Gerakan Sabah, Datuk Gordon Leong, menadah tempurung meminta sedekah
daripada Pengerusi BN agar DUN Likas diberikan kepada Gerakan yang belum
mendapat peruntukan kerusi yang sebelum ini dipinjam daripada SAPP dan LDP.
Seperti burung terbang
dipipiskan lada, Gordon yang kepingin bertanding di DUN Likas kerana boleh
'Menang Mudah' disebabkan mempunyai banyak 'Fixed Deposit' mungkin terpaksa
bersaing dengan LDP yang juga meminati kerusi berkenaan.
Sementara itu, PBS menerusi
Presidennya, Datuk Pairin Kitingan juga meniupkan semboyan perang mereka dengan
mendakwa bahawa mereka mengidamkan kerusi Parlimen Sepanggar yang telah lama
diintai PBRS tetapi telah lama dijaga dengan baik oleh UMNO melalui Ketua
Bahagiannya, Jumat Idris sejak empat tahun lalu; setelah SAPP keluar BN.
Ramai pemerhati politik membidas
sikap kurang ajar Gerakan yang berperangai seperti 'Umang-Umang' (Hermit Crab) iaitu
suka merampas 'perumah atau sarang'; tanpa usaha gigih menjaga sesuatu kawasan.
Begitu juga dengan PBS yang
tidak pandai sedar diri kerana Sepanggar adalah kawasan Majoriti Islam. Jika
kerusi Sepanggar ditandingi PBS, maka sudah pastinya Ahli Parlimen Sepanggar,
Datuk Eric Majimbun akan menang mudah sekalipun PBS meletakkan adiknya, William
Majimbun menentang Pakatan Rakyat.
Walaupun Parlimen Sepanggar diperkukuhkan
oleh dua DUN iaitu Karambunai dan Inanam yang masing-masing diwakili Jainab
Ahmad (UMNO) dan 'Kuda Tua' yang hampir tewas pada PRU-2008, Johnny Goh (PBS).
Jika bukan kerana Calon DAP,
Jeffery kumin dan Calon PKR Daniel John Jambun berhantuk kepala sesama
sendiri, nescaya sudah lama PBS berkubur tanpa nisan atau keranda di Inanam;
malah sudah pastinya Johnny akan jadi 'Nasi Ayam' pada PRU-13.
Sehubungan itu, jika hasrat kedua
Mat Jenin ini dimakbulkan Najib atau Musa Aman, maka penyokong Pakatan Rakyat
bolehlah menempah lima ekor lembu untuk dikorbankan sebagai jamuan kemenangan
mereka selepas PRU-13.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
Several BN component parties are bidding for Sepanggar seat.
ReplyDeletekeputusan tepat harus dilakukan..
Deletepilih yang terbaik untuk dicalonkan di sana.
Deletew/macamana pun, BN sabah tetap akan menang..
ReplyDeleteBN pasti menang asalkan rakyat beri sokongan kepada BN dan BN pula terus jaga kebajikan rakyat.
DeleteBN lebih kukuh dan bersatu berbanding PR yang sering berpecah.
DeleteCakap memang senang tapi kita tidak akan tahu selagi keputusan PRU belum diumumkan.
ReplyDeletebiar pengundi tentukan parti mana yang mereka mahu sokong.
DeleteParti BN akan memastikan pemberian kerusi dengan adil kepada semua calon yang benar-benar layak saja.
ReplyDeleteKita mahu siapa pun calon yang dipilih nanti semua ahli haruslah menyokong. Ini untuk kebaikkan semua. Tidak perlu memberontak dan sebagainya.
ReplyDeleteBN akan tetap kukuh di Sabah.
ReplyDeletepembangkang sibuk cakap pasal BN tapi mereka sendiri yang sebenarnya berpecah.
ReplyDeletejika PBS dan gerakan dikatakan mat jenin, bagaimana pula dengan pembangkang sabah yang sehingga hari ini masih belum mencapai kata sepakat bagi mengadakan satu lawan satu dengan BN??
ReplyDeletesiapapun yang bertanding kerusi sepanggar, jika disenangi oleh rakyat, kenapa perlu dipertikaikan?
ReplyDelete