Thursday, 20 September 2012

KENAPA SAYA TINGGALKAN BN?




BERUCAP…James Miki berucap di hadapan 400 penyokong Parti Pakatan di Paitan Sugut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

"KENAPA ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang mempunyai pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri dan persekutuan keluar meninggalkan segala jawatan penting dan keistimewaan yang mereka miliki?
"Contoh yang terdekat seperti Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Hj Okin dan ramai lagi dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."

"Seperti seekor burung punai tinggal di sangkar emas, sekalipun diberikan yang cukup istimewa tidak pernah putus-putus oleh ampuannya; tetapi kalau terus dikurung buat selama-lamanya apa perasaannya?

"Begitu jugalah ceritanya. Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan,  tetapi tiada kebebasan untuk menyuarakan keperitan kehidupan rakyat di luar bandar, malah terus terhimpit dan tertindas, maka hati kami memang tidak gembira dan tidak rela melihatnya.

"Bila kami buat teguran kerana tanah-tanah adat (NCR) dirampas oleh saudagar-saudagar Cina dari Semenanjung sehingga beribu-ribu penduduk menjadi pelarian di kampung tempat tumpah darah mereka sendiri; telah menjadi satu kesalahan kepada kepimpinan UMNO. Kononnya kami durhaka, bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada kerajaan.

"Nasib rakyat terutama sekali bangsa Sungai, Kadazan, Dusun, Murut yang tinggal di kawasan terpencil yang sedang menjalani kehidupan agak senang sedikit kerana mempunyai sebidang tanah yang ditanami oleh sawit dan pokok buah-buahan; tetapi dengan tiba-tiba sahaja tanah-tanah mereka dimusnahkan dalam sekelip mata.

"Sementara rumah dibakar. Siapa yang tidak marah kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Bila jumpa wakil rakyatnya,  apa jawapan mereka? Itu urusan kerajaan. Dia mahu bunuh sama kamu itu, adalah hak kerajaan.

"Malahan diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan menjadi satu kesalahan  besar boleh dihukum.

"Ada sesetengah wakil rakyat  berkata, biarlah mereka mampus  itu bukan keluarga aku. Yang penting kita sudah kaya raya. Ada rumah mewah, bini muda sampai dua tiga;  kereta empat lima buah; kenapa mahu memikirkan kehidupan orang lain? Mampus kamu di sana, apa saya peduli? Sekarang saya sudah jadi YB, jadi menteri, siapa berani menentang saya?"

Itulah luahan seorang pemimpin kerdil tetapi berjiwa rakyat iaitu James Miki, Ketua Penyelaras Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga bakal calon Parlimen Beluran pada PRU 13 nanti ketika berucap di majlis perjumpaan di hadapan 400 orang penyokong parti Pakatan Rakyat di Kampung Kobambangan, Paitan Sugut,  kelmarin.

"Pemimpin UMNO memang menyelar saya. Mereka kata saya ini seorang yang bodoh kerana meninggalkan segala keistimewaan yang diberikan UMNO. Buat apa keistimewaan yang ada pada saya, tetapi bangsa saya di kawasan lain yang sudah miskin terus dihimpit lagi. Tetapi inilah sikap Surady Kayong dan Ronald Kiandee," kata James Miki lagi.

13 comments:

  1. Kita hormati apa pun keputusan mereka ini. Tidak ada halangan untuk meninggalkan parti.

    ReplyDelete
  2. Setiap orang ada pilihan terbaik mereka. Jadi biarkan mereka dengan pilihan. Yang penting menyesal kemudian tidak berguna.

    ReplyDelete
  3. Nasib rakyat perlu dibela dan kebebasan untuk bersuara mengikut prosedur yang betul harus dibenarkan.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya kalau sudah keluar parti janganlah pula memburuk-burukkan parti lama.

    ReplyDelete
  5. apapun, selamat berjuang dalam parti baru.

    ReplyDelete
  6. mereka keluar kerana kepentingan diri.

    ReplyDelete
  7. mereka keluar lagi baik dari jadi parasit dalam parti dan BN takkan tergugat oleh mereka.

    ReplyDelete
  8. "KENAPA ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO...keluar meninggalkan segala jawatan penting dan keistimewaan yang mereka miliki?"

    Kenapa hanya selepas Anwar umumkan akan ada pemimpin2 BN Sabah keluar menyertai Pakatan Rakyat, barulah selepas itu mereka keluar? adakah pemimpin2 ini dipengaruhi oleh Anwar sebagaimana Anwar mempengaruhi Yong Teck Lee dengan menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau ketika PRU12 yang lalu?

    ReplyDelete
  9. ".. dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."

    Sudah tentu mempunyai sebab, lebih-lebih lagi ketika Pilihanraya Umum semakin hampir, selepas senarai calon telah dimuktamadkan, selepas Anwar mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin BN, dan selepas Anwar membuat pengumuman bahawa akan ada pemimpin BN keluar meninggalkan parti.

    ReplyDelete
  10. "Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan, ...maka hati kami memang tidak gembira dan tidak rela melihatnya."

    James Miki mengakui bahawa beliau hidup dalam kemewahan, mungkin sebab itulah beliau tidak pernah ambil tahu masalah rakyat dan tidak pernah membawa masalah rakyat ke peringkat tertinggi untuk diambil perhatian. Sebaliknya menyalahkan UMNO kononnya menyekat kebebasan suara sedangkan dia sendiri tidak berbuat apa-apa melainkan bergelumang dengan kemewahan. Jika benar suara mereka disekat, bagaimana wujudnya geran komunal, RCI, Jawatankuasa Khas royalti minyak, program-program pembasmian kemiskinan dan sebagainya?

    ReplyDelete
  11. "Malahan diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan menjadi satu kesalahan besar boleh dihukum."

    Kalau betullah boleh dihukum, sudah tentu ramai orang Sabah hari ini sedang meringkuk dalam penjara. Sebaliknya, apa yang berlaku, rakyat sabah sendiri boleh turun berhimpun bersama2 pemimpin pembangkang dikawasan2 tumpuan ramai. Bukankah tindakan ini juga disifatkan sebagai menentang dasar2 kerajaan secara terang2an? tapi tidak ada pula rakyat dihukum..

    ReplyDelete
  12. sorry la James Miki, boleh tahan juga kau punya cubaan untuk menaikkan populariti didi sendiri, cuma agak MEMUALKAN. Kegagalan BN sebagaimana yang didakwa oleh James Miki adalah kegagalan James Miki sendiri. BN dan UMNO hanya nama parti, dan yang menggerakkan parti ini pula adalah pemimpin-pemimpin seperti James Miki.

    ReplyDelete
  13. entah apa pula pandangan James Miki berkenaan dengan rampasan tanah kampung Melayu di Pulau Pinang, rampasan tanah orang asli di Hulu kelantan, skandal pasir di Selangor, isu air percuma di Selangor, penyelewengan tender lebih dari RM600 juta di Kedah dan yang paling hangat sekarang ialah penghinaan terhadap Tarian Sumazau oleh blogger Pakatan Rakyat.. ketika dia kutuk sebelah pihak, yang sebelah pihak lagi (yang lebih teruk) dia halalkan..

    ReplyDelete