Monday 10 September 2012

PEMUDA UMNO /BN TENOM BUAT LAPORAN POLIS




LAPORAN.....Jamawi yang diiringi oleh ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno dan BN Tenom menunjukkan laporan yang mereka buat di hadapan Balai Polis Tenom.

TENOM: Pemuda Umno dan Barisan Nasional bahagian Tenom pagi kemarin telah membuat laporan polis berhubung tindakan biadab segelintir peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam ambang Merdeka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mereka juga membuat laporan berasingan berhubung tindakan segelintir anak muda yang menyertai himpunan itu, mengibarkan bendera baru yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Laporan itu dibuat Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional bahagian Tenom Jamawi Jaafar di Balai Polis daerah Tenom di sini, kira-kira pukul 10.00 pagi.

Jamawi berkata laporan itu dibuat selepas gesaan yang diterima daripada anggota pergerakan itu termasuk rakyat di kawasan ini yang begitu marah dengan provokasi melampau dan sikap biadap peserta himpunan itu.

"Kita tidak mahu perkara ini berterusan walaupun pelakunya telah dikenal pesti dan ditahan bagi memberikan keterangan namun kita memohon polis membuat siasatan lanjut kerana kita bimbang ada dalang yang memperalatkan golongan muda untuk kepentingan politik mereka dan sesiatan ini selaras dengan Seksyen 336 iaitu menghina, menunjukkan isyarat lucah dan melakukan provokasi di khalayak ramai, selain Seksyen 14 iaitu kelakuan aib," katanya ketika ditemui selepas mengetuai pergerakan itu Pemuda Umno dan BN Tenom membuat laporan tersebut.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tindakan menayang bontot ke atas gambar Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bukan sahaja jijik, biadap dan keterlaluan bahkan satu perlakuan yang tidak senonoh.

“Ia satu ledakan emosi tanpa pertimbangan yang waras serta boleh menimbulkan kemarahan dan perpecahan di kalangan rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu Jamawi turut menasihatkan agar golongan pelajar di institusi pengajian tinggi dan golongan belia di negeri ini agar tidak terikut-ikut dengan budaya liar yang bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat di Negara ini.

31 comments:

  1. Golongan muda sekarang semakin bertindak mengikut emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus juga mengawal perasaan.

      Delete
    2. Betul, belia harus bijak mengendali emosi dan jangan bertindak melulu.

      Delete
  2. Pembangkang bertanggjawab ke atas sikap para golongan muda yang semakin biadap.

    ReplyDelete
  3. Tindakkan mereka memijak dan sebagainya tidak patut dibuat.

    ReplyDelete
  4. Datuk Najib adalah pemimpin Nombor 1 Malaysia sanggup kita melakukan sedemikian. Kalau setakat pemimpin biasa rasanya tidak apalah. Ini pemimpin nombor 1.

    ReplyDelete
  5. Mungkin ada pihak yang mempengaruhi mereka ini sehingga bertindak sedemikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If there are irresponsible people behind this who tries to influence these individuals, the police will be able to find out.

      Delete
  6. Harap pihak berkuasa akan menyelesaikan perkara ini dan menyiasat sebab apa mereka sanggup bertindak demikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The suitable punishment for those individuals would be a stern warning, hope that they will repent and not repeat the same acts in the future.

      Delete
  7. Kita seharusnya ada sikap hormat dan setia kepada pemimpin kita. Jika perkara begini berlaku memang tidak patut. Ini memalukan diri sendiri saja. Pasti akan mengundang masalah kepada keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe this case will serve as a lesson to youths in the country.

      Delete
  8. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman describes he action of those stepping on pictures of the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as offensive and uncalled for.

    He called on the people of Sabah, especially the younger generation, not to be influenced by the syndrome of hatred for the leadership to the extent of stepping on pictures of national leaders.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I do hope Sabahan youth will not be involved in this sort of disrespectful behavior towards our leaders.

      Delete
  9. Act rationally, not emotionally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...bertindak secara rasional dan bukannya emosional..tindakan berlandaskan emosi hanya membawa padah kepada diri sendiri..

      Delete
    2. tindakan golongan muda memang banyak yang mengikut emosi daripada pemikiran rasional.

      Delete
  10. mereka yang bersalah harus dihukum...

    ReplyDelete
  11. Hope that those who are involved in the disrespectful actions towards the PM and First Lady's posters will be given punishment.

    ReplyDelete
  12. tiada tindakan double standard dilakukan ke atas mereka yang berkelakuan begini. yang salah pasti akan dikenakan hukuman.

    ReplyDelete
  13. mereka yang bersikap biadap harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  14. teruskan saja buat laporan polis.. jangan biarkan negara ini terus dipijak2 oleh pihak yang kepingin mahu merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  15. apa yang saya lihat, belia2 muda di negara ini semakin kurang ajar, biadap dan bersikap ala terrorist setelah pembangkang berjaya menganjurkan beberapa demonstrasi jalanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab inilah belia harus diberi tunjuk ajar untuk bertindak lebih rasional.

      Delete
  16. malang sunggu bagi Malaysia ketika diambang kemerdekaan muncul pula pihak2 yang cuba melakukan provokasi dan cuma mencemarkan imej negara di mata dunia..

    ReplyDelete
  17. belumpun pembangkang merampas kerajaan negara ini, namun tindakan2 mereka telah banyak menyusahkan rakyat dan negara, inikan pula jika mereka diberikan mandat memerintah??

    ReplyDelete
  18. patutlah negara Malaysia agak kebelakang dari segi pembangunan ekonomi, rupanya pembangkang2 di negara ini suka sangat mencetuskan huru hara yang membuatkan negara ini dilihat sebagai bermasalah dari segi kestabilan politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua golongan harus bertindak bijak untuk mengekalkan keharmonian negara.

      Delete
  19. Tindakan harus dikenakan kepada mereka yang salah dari sisi undang-undang.

    ReplyDelete
  20. Pasti ada sebab yang menyebabkan mereka bertindak sebegini.

    ReplyDelete