Tuesday, January 31, 2012

ROCKY’S BRU SAYS SORRY



VICTORY….Ahirudin (right) gives the V-for-victory sign outside the court after his statement of apology was recorded in chambers on January 31, 2012. Picture by Choo Choy May.

By : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL

BLOGGER Datuk Ahirudin Attan today apologised to four former News Straits Times Press (NSTP) bosses over allegations carried on his blog, admitting that the remarks published were defamatory.

On January 4, 2007, the four who were at that time NSTP deputy chairman Datuk Kalimullah Hassan, chief executive officer Datuk Syed Faisal Albar, group editor-in-chief Datuk Hishamuddin Aun and group editor Brendan Pereira filed a suit against Ahirudin for defamation and malicious falsehood.

The suit pertained to articles and postings that had been published, or permitted to be published, by Ahirudin in his blog Rocky’s Bru. In the suit, the four claimed that the articles referred to them were defamatory.

The apology was read out today in chambers at the KL High Court today in front of Datuk Asmabi Mohamad.

“The Defendant recognises, acknowledges and empathises with the considerable distress, embarrassment, and inconvenience caused to the Plaintiffs resulting from the publications of the statements as pleaded in the statement of claim and he is present in Court today to express his sincere and utmost regret... to withdraw all allegations and imputations which are complained of in the statement of claim and to apologise for the same,” read Ahirudin’s statement of apology made available to reporters here.

Ahirudin also agreed not to publish any similar allegations concerning the plaintiffs on his blog or any other website online in the future. Under the terms of agreement, Ahirudin will also publish a statement of apology on his weblog.

“He (Ahirudin) was present in court today to express his sincere and utmost regret for the consequences caused to the plaintiffs,” said NSTP lawyer Rishwant Singh, adding that there was no order as to costs and damages.

In a statement, Kalimullah said he and his former colleagues were glad that the matter had been settled, and that it had caused “undue stress, damage and anguish to our families, friends and us personally and professionally.”

“The repeated lies over a long period of time and the unfairness of it all led us to the painful step of filing the legal suit against Ahirudin to clear our names and reputation. Having come from the same press fraternity, it was not a decision we took lightly when we went to the courts to seek justice,” said Kalimullah.

He pointed out that Ahirudin’s apology made it the sixth one he had received in less than a year, the others being from DAP MP Jeff Ooi, the NST, Berita Harian, Utusan Malaysia and Matthias Chang, a former political secretary to Tun Dr Mahathir Mohamad.

“It re-establishes my faith that eventually the truth will prevail and that justice will be done,” Kalimullah said.

Ahirudin was represented by Datuk Jahabardeen Mohamed Yunoos.

DUTA PALESTIN KELIRU ATAU DIKELIRUKAN?

Oleh : AZMAN ARIFFIN

BERNAMA semalam memetik kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush (gambar sebelah kiri) yang dikatakan mempertikai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan The Wall Street Journal (TWSJ) pada 26 Januari.

Abdelaziz dipetik sebagai berkata; ”We are shocked and suprised by the weird statement in which he (Anwar) supported the security of Israel“. Tambahnya lagi, ”We do not know who needs the security actually, Israel has more than 200 types of nuclear weapons and an army armed with all the lethal weapon”.

Dari kenyataan itu, jelas pada mata penulis bahawa Duta Palestin ini telah keliru atau dikelirukan oleh pihak-pihak berkepentingan (dalam hal ini Kerajaan Malaysia) yang seboleh-bolehnya cuba menjatuhkan imej Anwar di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam isu Israel-Palestin ini.

Penulis yakin, sebagai seorang duta, Abdelaziz sudah tentu mempunyai kebolehan memahami teks Inggeris dengan baik, tanpa dibantu oleh sesiapa.

Oleh itu penulis juga ‘pelik’ bagaimana beliau menafsir Anwar sebagai ‘aneh dan pelik’ hanya berdasarkan satu perenggan atau lebih teruk satu baris ayat dalam temuramahnya dengan TWSJ?

Atau mungkin juga standard seorang duta dari negara seperti Palestin ini tidak sehebat negara-negara lain yang lebih stabil sistem pentadbiran dan pendidikannya.

Jika itu benar, maka ia amat memalukan dunia diplomatik kerana Taliban yang pernah mentadbir Afghanistan pada satu ketika pun boleh menghantar duta yang memahami Inggeris dengan baik di serata negara di dunia yang mengiktiraf kerajaannya.

Alasan penulis untuk berkata demikian mudah, seperti yang sering disebutkan sebelum ini, keseluruhan temuramah yang dijadikan isu itu ialah berkenaan melindungi hak rakyat Palestin yang ditindas oleh regim Israel.

Manakala, sebaris ayat yang ditafsirkan sebagai ’sebarang usaha untuk melindungi keselamatan Israel’, seperti yang dijelaskan Datuk Seri Anwar sendiri adalah merujuk kepada Inisiatif Keamanan Arab dan konsep ‘Two States Solutions” dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel ini.

Abdelaziz mungkin terlupa bahawa Anwar pernah mengetuai perarakan lebih 50 ribu orang rakyat Malaysia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jun 2010 untuk membantah tindakan kejam komando Israel ke atas flotila keamanan Gaza.

Adakah itu tidak cukup baik untuk menunjukkan pendirian Anwar dalam isu Israel-Palestin ini?

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, penulis rasa Datuk Seri Anwar sendiri perlu mengadakan pertemuan dengan Duta Palestin ini bagi menjelaskan isu sebenar yang cuba disampaikan dalam temuramah dengan TWSJ tersebut.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pertemuan antara Anwar dengan duta-duta asing di negara ini bukanlah satu perkara baru, malah telah dilakukan sejak lama dahulu untuk menjelaskan keadaan semasa di Malaysia dari sudut pandang berbeza.

Akhir sekali, penulis sangat-sangat berharap, kenyataan berat sebelah Duta Palestin ini tidak akan sama sekali menggugat hubungan baik antara Malaysia dan Palestin di masa hadapan, terutama jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran negara ini dari BN.

KONFLIK MAHATHIR-ANWAR, BILA KEMUNCAKNYA?



Oleh : AMIN ISKANDAR

SEDAR tidak sedar sudah hampir 14 tahun pertembungan politik di antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semenjak Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, pertarungan di antara dua gergasi politik ini masih belum lagi reda.

Cuma ada turun naiknya. Pertembungan reda seketika sewaktu Tun Abdullah Badawi memimpin negara.nKedua-dua tokoh hebat. Seluruh negara diheret dalam pertembungan politik mereka.

Dr Mahathir masih mampu menyeret seluruh jentera kerajaan untuk bersamanya melawan Anwar – walaupun beliau melepaskan jawatan pada tahun 2003 lalu.

Anwar yang dulu anak didik kesayangan Dr Mahathir tidak kurang hebatnya, daripada seorang pemimpin nombor dua Umno, beliau mampu menyatukan parti politik pembangkang seperti PAS dan DAP serta menubuhkan PKR untuk bersamanya melawan Dr Mahathir.

Mungkin oleh kerana Anwar banyak menerima ilmu politik dari Dr Mahathir, menyebabkan beliau masih lagi mampu bersilat sehingga hari ini dengan bekas bosnya itu.

Igauan Dr M

Dr Mahathir banyak belajar dari pemimpin negara jiran - juga sahabatnya. Beliau melihat bagaimana teman baiknya, Presiden Soeharto digulingkan di Indonesia.

Soeharto sebagai seorang pemimpin yang kuat akhirnya tersungkur akibat demonstrasi rakyat.

12 tahun sebelum Soeharto tumbang, di Filipina berlaku kebangkitan rakyat menjatuhkan seorang pemimpin kuku besi Presiden Ferdinand Marcos. Marcos dihalau bukan sahaja dari kekuasaan akan tetapi terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat. Sehingga akhir hayat Marcos tidak sempat pulang ke Filipina.

Apabila Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998, beliau tidak menyangka akan berlaku kebangkitan rakyat. Hampir setiap minggu demonstrasi berlaku di ibukota walaupun tangkapan ISA berlaku terhadap orang-orang kanan Anwar.

Pada ketika itu, penyokong gerakan Reformasi hanya berpayung dibawah sebuah NGO yang bernama ADIL. ADIL mendapat keahlian yang besar. Mahathir nampak akan bahaya gerakan seperti ini kerana tidak jelas hala tuju politiknya. Jika dibiarkan, tidak mustahil beliau akan senasib Marcos dan Soeharto.

Maka Mahathir mencabar penyokong gerakan Reformasi untuk menubuhkan parti politik dan bertanding pada pilihan raya. Mahathir tahu, apabila tertubuhnya parti politik, fokus untuk menumbangkan regim akan berkurangan dengan adanya politiking dalaman parti.

Sekurang-kurangnya, ia akan melambatkan proses kejatuhan regim pimpinannya. Tepat bacaan politik Dr Mahathir. Sehingga hari ini BN masih bertahan. Gerakan Reformasi pada ketika itu berjaya dilunakkan.

Cabaran Dr Mahathir disahut, tertubuhlah Parti Keadilan Nasional (PKN) – kini PKR selepas bergabungnya PKN dan PRM. Pilihan raya 1999 menyaksikan bagaimana Umno kehilangan majoriti undi dari orang Melayu.

Jika tidak ada sokongan dari kaum Cina, Umno dan BN sudah pasti akan masuk ke dalam tong sampah sejarah.

Keputusan PRU 10 menjadi sebab utama Mahathir berundur. Beliau undur sebelum disepak keluar seperti Marcos dan Soeharto. Dari segi ini, Mahathir selamat.

Akan tetapi, yang paling Mahathir takut kini adalah jika BN tumbang, beliau dan kroni-kroni yang berpayung di bawahnya akan diheret ke mahkamah. Sebab itu Dr Mahathir tidak akan duduk diam selagi hayat dikandung badan.

Pertembungan berterusan

Hari ini, Anwar masih lagi musuh nombor satu Dr Mahathir. Anwar merupakan satu-satunya musuh politik yang gagal dibunuh kariernya oleh Dr Mahathir.

Lihat apa yang terjadi kepada tokoh hebat seperti Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam? Kedua-dua tokoh itu hanya tinggal sejarah dan tidak lagi relevan dalam dunia politik hari ini.

Untuk Anwar, Mahathir juga adalah penghalang utama untuk beliau ke puncak kekuasaan. Bukan Datuk Seri Najib Razak dan bukan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin terlalu 'kecil' untuk menjadi lawan Anwar. Jika Mahathir tiada, sudah pasti beberapa tauke-tauke besar yang masih bernaung di bawah bekas perdana menteri itu dijangka belot menyebelahi Anwar.

Tauke-tauke ini juga tahu siapa yang kuat untuk menjaga kepentingan mereka. Apabila keadaan ini berlaku, maka tumbanglah BN. Dalam ertikata lain, selagi Dr Mahathir masih hidup, agak sukar untuk Anwar rapat ke Putrajaya.

Secara realitinya, Anwar juga tahu, beliau bukan sahaja melawan Dr Mahathir, akan tetapi seluruh jentera kerajaan yang ada. Perlawanan ini tidak akan berjaya semudah pilihan raya.

Tidak ada regim dalam dunia ini yang akan menyerah kepada rakyat semudah di medan pilihan raya.

Barang siapa yang menyangka BN boleh ditumbangkan pada PRU 13 dengan mengambil kira keputusan PRU 12 lalu adalah terlalu naif kefahaman politiknya.

Lihat saja di Mesir, apakah Presiden Hosni Mubarak dikalahkan pada pilihan raya? Persoalnnya, apakah Anwar percaya dengan pilihan jalanraya?

Pertarungan pusingan akhir

Kini pertarungan Mahathir-Anwar masuk ke pusingan akhir. Setakat ini, kedua-dua tokoh mempunyai stamina panjang.

Tanpa boleh mengharapkan seratus peratus pada Najib, Mahathir sendiri terpaksa masuk kembali ke gelanggang.

Apabila timbul isu kenyataan Anwar tentang isu Palestin – Israel, Mahathir mendapat peluru. Beliau terus menyerang Anwar. Kata Dr Mahathir, Anwar memang akrab dengan pemimpin Israel.

Isu Israel ini akan dijadikan modal untuk terus menyerang Anwar selain isu video seks setelah kes liwat gagal menyebelahi Mahathir.

Bagi yang ingin melihat pedebatan di antara BN dan Pakatan dalam bentuk polisi, ia tidak akan berlaku dalam jangkamasa terdekat. Pertarungan pusingan akhir ini akan menjadi lebih hebat lagi.

Dari segi usia, Anwar mempunyai kelebihan kerana jauh lebih muda berbanding Mahathir.

Pertarungan pusingan akhir akan menentukan sama ada Mahathir atau Anwar yang bakal menang dalam perlawanan yang panjang ini. Hanya masa yang menentukan.

(NOTA : ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Sabahkini.net. Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.)

ANWAR AKRAB DENGAN PEMIMPIN ISRAEL



Oleh : AIDILA RAZAK

BEKAS perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan dakwaan kononnya pemimpin itu mahu melindungi keselamatan Israel.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua pembangkang itu tetapi tidak berasa terkejut.

Katanya, Anwar memamng mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach to Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya.

Dakwanya lagi, timbalannya itu juga selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Menurut Dr Mahathir, sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjoldan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa. Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar didakwa menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. Beliau bagaimanapun telah menafikan dakwaan berkenaan.(MKINI)

HADAPKAN RAKYAT MALAYSIA KE TRIBUNAL TENTERA



KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mahu kedua-dua rakyat Malaysia yang sedang ditahan tanpa bicara di Pusat Tahanan Tentera Amerika Syarikat di Guantanamo Bay dihadapkan di Tribunal Tentera secepat mungkin.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penahanan berterusan kedua-dua rakyat Malaysia tanpa bicara itu menunjukkan negara Barat terbabit "cakap tak serupa bikin" di dalam hal hak asasi manusia.

"Kita berharap mereka akan dihadapkan (ke Tribunal Tentera) secepat mungkin kerana kita sering dituduh tidak bebas, sistem kehakiman kita tidak bebas, tetapi saya ingin ingatkan bahawa kita mempunyai dua rakyat yang ditahan tanpa bicara sejak beberapa tahun," katanya kepada pemberita Isnin.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan rumah mampu milik kepada 56 mangsa banjir oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Gajah di sini.

Menurut Hishammuddin, apa yang dilakukan oleh negara Barat terbabit di dalam menahan rakyat Malaysia tanpa bicara itu, tidak sama dengan apa yang dilaungkan mereka tentang hak asasi.

"Kita sering dituduh sebagai tidak adil," katanya.

Baru-baru ini akhbar tempatan melaporkan tentang kemungkinan dua rakyat Malaysia yang kini berada di Guantanamo Bay, Mohd Farik Amin dan Mohd Nazir Lep, akan dihadapkan ke Tribunal Tentera tidak lama lagi selepas ditahan di pusat tahanan itu sejak 2006.

Kedua-dua mereka ditangkap di Thailand pada 2003, sebelum dipindahkan ke pusat tahanan tentera Amerika Syarikat di Guantanamo Bay, Cuba.

Hishammuddin berkata, Malaysia tahu bagaimana cara terbaik untuk membendung kegiatan terrorisme dan keganasan serta cara untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin.

"Negara-negara Barat itu tidak perlu memandang kepada akta kita dan usaha kita untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan mengatakan ia tidak adil dan sebagainya," katanya.