Sunday, 2 January 2011

KOTA ALAM SEMULA JADI PESAT MEMBANGUN


AKSI…VK Liew juga turut beraksi di atas pentas menyanyi untuk menghiburkan para penonton di majlis tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, merangkap Ahli Parlimen kawasan Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong berkata apabila Sandakan telah diiktiraf sebagai Kota Alam Semulajadi, usaha-usaha untuk memulihara alam sekitar telah giat dijalankan.

Bagaimanapun kata Liew, pembangunan di daerah Sandakan tidak pernah terbantut ini terbukti kerana terdapat pelbagai pembangunan telah dirancang dan berhasil manakala nilai hartanah juga telah meningkat.

“Selain dari itu saya berharap perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku lagi pada tahun 2011 kerana keadaan ekonomi Negara tidak begitu stabil,” jelasnya lagi.

Liew berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan di ambang Tahun baru 2011 yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan baru-baru ini.

Keutuhan dan keberkesanan pentadbiran di sesuatu Negara atau negeri, sambung Liew, adalah sama kerana memerlukan kesinambungan dalam arus pembangunan.

“Justeru itu kita lihat keadaan ekonomi di Sandakan semakin bertambah baik, di mana kemudahan insfrastruktur asas semakin bermutu dan usaha-usaha sebegini akan terus diteruskan demi mencapai kecemerlangan ini adalah janji dan komitmen saya sebagai Ahli Parlimen Sandakan yang telah dipililih oleh rakyat semasa pilihanraya umum lalu,” ujarnya.

Liew berkata Sandakan sedang menuju kearah pembangunan ekonomi yang pesat di masa-masa akan datang, dana Kerajaan Persekutuan akan disalurkan secara berperingkat dari masa kesemasa untuk memperkasakan lagi kemudahan-kemudahan asa di daerah Sandakan seperti bekalan air yang bersih, bekalan elektrik, jalan-jalan raya, kemudahan telekomunikasi, pembinaan sekolah-sekolah baru, Institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Kata Liew lagi, semua kemudahan dan pembangunan yang dijalankan adalah merupakan pembangunan yang mapan dan berterusan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di sesuatu kawasan itu ini sejajar dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk mempertingkatkan pelbagai pembangunan di setiap kawasan di seluruh pelusuk tanah air.

Dalam konteks ini, kata Liew, selaku Ahli Parlimen kawasan Sandakan ingin mengambil kesemapatan mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua pengundi dan para penyokong Barisan Nasional atas sokongan yang tidak berbelah bagi ini membuatkan beliau berazam lebih gigih lagi untuk meningkatkan mutu kerja dan khidmatnya sebagai seorang wakil rakyat agar dapat memajukan dan membantu masyarakat yang memerlukan.

Sebagai pengisian program majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 ialah Konsert Gempak 2011 dengan menampilkan artis-artis tempatan untuk menghiburkan lebih 4,000 penonton membanjiri menyaksikan pelbagai persembahan yang dilangsungkan bermula dari jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 2.00 pagi.

No comments:

Post a Comment