Saudara Pengarang,
KAMI mengucapkan syabas pada Pasukan Marin Polis (PMP) Kota Kinabalu yang berjaya menangkap sebuah bot yang menyeludup rokok di sebuah pulau berhampiran bandar Kota Kinabalu, sepertimana yang disiarkan di sebuah akhabar minggu lepas.
Kami percaya Jabatan Kastam di Sabah tidak berani mencekup bot penyeludup rokok dan hanya mencekup penjual rokok di kaki lima sahaja. Kami juga difahamkan tauke penyeludupan rokok adalah kroni pihak atasan Ketua Pengarah Dan Pengarah Negeri?.
Sebagai warganegara Malaysia yg bertanggung jawab ingin memberi sedikit maklumat melalui surat terbuka ini kepada pihak berkuasa lain untuk membanteras kegiatan penyeludupan yang besar dan kami mahu lihat pihak berkuasa mana satu yang lebih hebat menangkap dan bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai penguatkuasa tanpa menerima rasuah.
Kami turut sedih kerana Kastam juga tidak berani menangkap penyeludupan minyak diesel subsidi kerana kami mendapat tahu bahawa kapal yang membeli diesel subsidi merupakan tauke daripada Sarawak dan kroni kastam.
Di sini kami ingin bertanya Ketua Pengarah Kastam, berapa kes kapal yang menyeludup minyak diesel subsidi pernah dicekup atau kapal membawa kontena rokok, minuman keras dan bunga api.
Paling hebat, berpuluh kontena sebulan ayam dan sayap beku yang tidak halal dan tanpa permit yang diluluskan oleh Jabatan Haiwan Malaysia dibawa masuk ke Sarawak juga dibiarkan begitu sahaja.
Oleh itu, kami minta pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan PMP memantau kapal kargo ke Sarawak terutama ke Pelabuhan Bintulu, Miri dan Kuching serta bot yang membawa bekalan kepada Shell dan petronas di Labuan.
Minyak subsidi yang diseludup keluar negara boleh merugikan kerajaan, namun kenapa Kastam tidak tahu atau tidak ada kuasa menangkap penyeludup minyak subsidi? Orang awam tahu, tapi pihak berkuasa tidak tahu. Mungkin kerana mereka dapat GRO free, minum dan makan free; setiap bulan terima saham dari tauke penyeludup.
Berpuluh kontena minuman diimport dari Singapore di pelabuahan Labuan tanpa membeli ‘tax stamp’ kastam untuk transshipment, tergendala di pelabuhan Labuan dan harap pihak berkuasa seperti SPRM akan memantau kontena tersebut kerana transhipment bukan keluar negara tapi ke Sarawak dengan hanya menggunakan manifest Kastam untuk mengelirukan pihak berkuasa lain.
Minuman keras daripada Singapura kebanyakannya diimport oleh Harrison Trading dan Agen Carlsberg dan diletak di pelabuhan hanya untuk tunggu peluang tarik keluar dari pelabuhan tanpa perlu membeli ‘Tax Stamp’ kastam bagi semua minuman keras label 5 seperti Whisky yang diimport.
Jika kontena tidak ditarik keluar daripada pelabuhan, mereka akan terus gantung masuk ke kapal kargo dan ‘declare’ transhipment ke Filipina atau Vietnam tapi sebenar ke Sarawak port.
Disertakan sekeping gambar kelihatan sebuah bot laju kastam yang diikat di tepi sungai di Labuan sebelum hari raya sehingga sekarang. Pegawai Kastam dari Kuala Lumpur dan Sarawak menjaga di lokasi 24 jam; tetapi kami hairan kenapa seorang penyeludup minuman terbesar di Kota Kinabalu dan juga agen Carlsberg di sabah yang bernama Kelly atau lebih dikenali 'Tauke Niu' masih mempunyai stok minuman keras; cukup untuk memenuhi permintaan daripada seluruh Sabah sehingga sekarang; walaupun Labuan di pagar habis oleh Kastam?.
Kami terima maklumat kontena ditarik keluar melalui ‘port dan bonded warehouse’ di Kota Kinabalu dengan bayaran RM15,000 hingga RM18,000 sebiji kontena tanpa ‘declare’ kepada Kastam dan Ekasis Di-Raja Malaysia.
Kami ingin bertanya, apakah Ketua Pengarah dan Pengarah Negeri tidak mengetahui amalan jenayah ini? Kalau ada tangkapan oleh Kastam, terus sahaja disiarkan surat khabar bahawa semua minuman dan rokok di seludup daripada Labuan. Bukankah ini hanya membodohkan rakyat sahaja kerana sebenarnya Kastam yang bersubahat dengan tauke penyeludup tarik keluar dari pelabuhan Kota Kinabalu dan barang dalam kontena berkenaan di’declare’ sebagai perabot atau barang tidak bercukai?
Dua minggu lalu Ketua Pengarah Kastam mengumumkan di sebuah suratkhabar bahawa barang seludup dirampas di seluruh negara bernilai lebih 400 juta ringgit pada tahun 2010. Cerita Ketua Pengarah Kastam benar atau tidak?
Di sini kami ingin bertanya Menteri Kewangan, sama ada menerima begitu banyak wang dari Jabatan Kastam atau tidak pada tahun 2010. Selalu barang dirampas kastam hanya RM10,000 dan dicampurkan cukai jadi RM25,000 disiarkan di suratkhabar.
Kami mahu tanya lagi, kenapa dicampurkan cukai sedangkan barang yang dirampas belum dibayar cukai? Kastam patut ‘declare’ harga barang sahaja yang dirampas tanpa cukai; bukan mahu bagi besar cerita rampasan dan sebenarnya tidak begitu banyak nilainya.
Berhentilah memperbodohkan rakyat Sabah. Kami harap PMP dan APMM terus memantau kes penyeludupan Diesel subsidi di laut Labuan, kapal kargo yang membawa kontena rokok dan bir untuk transhipment keluar dari pelabuhan Labuan dan pelabuhan Kota Kinabalu yang kontena tersebut ditarik keluar tanpa sebarang pengsytiharan!
Salam Hormat,
SULAIMAN BAKIR & CO.
No comments:
Post a Comment