Oleh: KREW SABAHKINI.NET
KETUA Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dan rombongannya bersama AJK Cabang telah mendaftarkan serama 30 ahli baru PKR daripada UMNO/BN Tenom di Kampung Kungkular, Kemabong kelmarin.
Halik Zaman berkata, beliau berharap lebih ramai lagi ahli UMNO/BN di Tenom menyertai PKR-PR kerana UMNO sekarang sudah tidak releven lagi. Walaupun TV1 dan TV3 selalu mewar-warkan dengan lantang kelemahan PKR-PR, tetapi rakyat Sabah sedar usaha BN untuk memecah belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
"Rakyat Sabah cuma ada satu peluang sahaja dan mungkin peluang terakhir untuk menukar Kerajaan UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Jika peluang itu tidak digunakan oleh rakyat untuk berubah dalam PRU13 nanti, maka saya percaya selama-lamanya rakyat akan terus menderita dengan kenaikan minyak petrol, kenaikan kos hidup rakyat yang mendadak sehingga tidak sanggup terpikul di bahu rakyat itu sendiri," tegas Halik lagi.
Halik berkata, hari ini para pemimpin UMNO/BN sudah mula masuk kampung keluar kampung untuk membahagi-bahagikan zink, plywood, tangki air, mesin rumput dan memperbaiki jalan jalan kampung kerana memang sudah menjadi budaya UMNO/BN membantu rakyat setiap lima tahun sekali untuk memancing undi.
"Kalau rakyat memberi mandat kepada PKR-PR untuk memerintah Malaysia, maka para pemimpin PKR-PR akan mengeluarkan geran-geran tanah adat kepada setiap individu rakyat Sabah dan berjanji akan memberikan royalti 20% hasil minyak di Sabah dan Kerajaan PKR-PR akan memberi subsidi semua harga kos hidup agar kos hidup rakyat kembali seperti biasa yang boleh ditanggung oleh rakyat," jelas Halik lagi.
No comments:
Post a Comment