Oleh : WAKIL MAJORITI PKR SABAH.
PEMBUKA tirai 2011, Mesyuarat MPN Negeri Sabah telah gagal berjalan pada hari ini 6 Januari 2011 kerana telah dijahanamkan dan dirosakkan oleh kumpulan bernafsu besar dari kumpulan 'The Three Stooges', kumpulan yang berkehendakkan Ansari Abdullah sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah.
Oleh kerana mesyuarat hari ini tidak dipanggil di Pejabat MPN Negeri, tetapi diadakan di sebuah Restoran Atlantis, maka Ketua-Ketua Cabang Kumpulan Majoriti mengambil keputusan untuk tidak hadir bagi membuktikan bahawa adalah tidak baik mengaibkan keputusan kumpulan Majoriti PKR Sabah seperti yang didakwa Anthony Mandiau ketua Cabang PKR Marudu yang berbohong kepada warga PKR Sabah seperti kenyataan sidang Akhbar mereka yang mendapat liputan besar-besaran TV 3, Astro Awani, Bernama dan beberapa akbar terkemuka Negara ini.
Pendokong Majoriti yang diaibkan oleh kumpulan terdesak dan berhawa nafsu besar, Anthony Mandiau & The Three Stooges (Tuaran, Ranau dan Batu Sapi) telah memutuskan untuk tidak hadir mesyuarat hari ini yang terdiri dari 16 dari 18 ketua cabang PKR Sabah kecuali Tawau (Datuk Kong Hong Ming) dan Tenom (Datuk Khalik Zaman) yang menghadiri mesyuarat tersebut.
Semua 16 ketua Cabang yang tidak hadir ini mendakwa bahawa mereka mengambil keputusan untuk tidak hadir hari ini disebabkan rasa tidak puashati mereka terhadap kumpulan The Three Stoges yang ingin menggunakan nama mereka dan cabang mereka bagi memberikan sokongan kepada Haji Ansari Abdullah tanpa kehadiran dan pengetahuan mereka.
Mengikut laporan yang diterima dari wakil jurucakap ketua cabang berkenaan, Johan Abdul Halim (Silam), Cabang Kalabakan, Cabang Kudat, Cabang Kota Belud, Cabang Putatan dan Cabang Semporna yang dilibatkan itu memaklumkan bahawa laporan akhbar hari ini adalah bohong dari Kem 'The Tree Stooges' dan membantah sekeras-kerasnya tindakan menggunakan nama cabang lain bagi kepentingan dan agenda peribadi.
Di samping itu, mereka mempersoalkan tindakan Anthony Mandiau yang memanggil sidang akhbar tanpa kehadiran Ketua-Ketua Cabang yang terlibat dan hanya dihadiri oleh kumpulan dari Parti Pas dan Dap Negeri Sabah.
Kenapa terpaksa panggil Cabang Labuan untuk tujuan memperbanyakkan Koarum sokongn kepada 'The Three Stoges', walhal wakil Labuan adalah wakil Wilayah Persekutuan yang tidak ada kena mengena dengan Cabang MPN Negeri Sabah.
Ketua-Ketua Cabang kumpulan Majoriti mengingatkan Anthony dan The Tree Stoges', “Kalau Berbohong, Pastikan ia seolah-olah benar, jangan sampai nampak tak benar dan kalau cuma ada 3 cabang maka jadikan ia 3 cabang saja, jangan ditambah untuk dapat keyakinan.”
Kami berharap kesemua kumpulan ini digantung dan diambil tindakan disiplin bagi mengelakkan pergolakan di dalam PKR Sabah tidak terus rosak oleh kumpulan mendakwa dirinya hebat ini tetapi bohong. Kumpulan Dr.Jeffrey sudah keluar dari PKR Sabah dan kini kumpulan perosak yang tinggal sedikit ini juga bakal disingkirkan dari PKR Sabah.

No comments:
Post a Comment